Hina mahkamah, Ira Kazar di heret ke mahkamah

Oleh INFORAKYAT

Hina mahkamah, Ira Kazar di heret ke mahkamah. Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin hari ini berjaya memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) terhadap madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarga.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital tersebut

pada 31 Januari lalu selepas Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin melanggar perintah injunksi bertarikh 4 Julai 2022.

Hina mahkamah, Ira Kazar di heret ke mahkamah

Prosiding menghina mahkamah tersebut akan turut membabitkan bapa Ira iaitu Kazar atau nama penuhnya Kazaruddin Saisi dan kakaknya, Yamin.

Dalam prosiding secara dalam talian hari ini, kebenaran tersebut diberikan oleh Hakim Norakhmar Mohd. Sani

Prosiding itu disertai oleh peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader yang dibantu oleh peguam-peguam, Ummi Kartini Abd. Latiff dan Faradina Abu Bakar.

Menurut Akberdin, selepas memperolehi kebenaran tersebut, pihaknya perlu menyerahkan sesalinan permohonan komital itu kepada Ira, Kazar dan Yasmin.

“Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk pihak sana menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan,” katanya lagi.

Pada Jun 2022, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira selepas anak pelakon veteran itu mengganggu rumah tangganya.

Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Sarah Liyana dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya Syamsul.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Sarah Liyana, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan isteri pertama Syamsul itu.

Pada 16 Januari lalu, Sarah Liyana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah di sini atas alasan dia tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri dengan suaminya, Syamsul kerana sudah tidak ada persefahaman di antara mereka dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Selain itu, ibu kepada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga dan hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian tersebut.

Pasangan itu berkahwinan pada 8 Mac 2014 di Masjid Al- Mukarramah, Bandar Sri Damansara dekat sini.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu

BACA:

“Pakcik tak mahu bebankan anak”, suami berulang-alik 100km demi ubat untuk isteri yang menghidap kanser

Hanya menggunakan baucar makan percuma di restoran selama 36 tahun hidup, lelaki ini berjaya beli 3 rumah secara cash!