Tidak ikut jadual, Air Asia didenda pengawal selia penerbangan India RM105,000

Oleh INFORAKYAT

Tidak ikut jadual, Air Asia didenda pengawal selia penerbangan India RM105,000.

Pengawal selia penerbangan India mengenakan denda 4.4 juta rupee India (AS$53,320) ke atas syarikat penerbangan Air Asia India kerana juruterbang syarikat itu tidak menjalani latihan seperti yang ditetapkan, menurut sumber rasmi pada Sabtu.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) mendenda syarikat penerbangan swasta itu kerana melanggar syarat penerbangan awam (CAR) .

Tidak ikut jadual, Air Asia didenda pengawal selia penerbangan India RM105,000

Berhubung latihan mandatori juruterbang tidak dilakukan mengikut jadual semasa Pemeriksaan Kecekapan Juruterbang, lapor Xinhua.

Syarikat itu dikenakan penalti dua juta rupee India (AS$24,236) manakala denda 300,000 rupee India (AS$3,635) dikenakan ke atas setiap lapan pemeriksa kerana gagal melaksanakan tugas mereka mengikut CAR DGCA.

Selain itu, pengawal selia penerbangan juga menggantung tugas ketua bahagian latihan syarikat penerbangan swasta itu selama tiga bulan.

DGCA menjalankan pemeriksaan pada 23 hingga 25 November tahun lepas.

BACA:

Baru sahaja lancar, Bing dah ada sejuta pelanggan yang berdaftar

Air Asia bakal operasi di Airport Subang, tapi jangan harap dapat tiket murah!