DJ Lin luah perasaan tentang nak jadi isteri nombor dua seseorang

Oleh INFORAKYAT

DJ Lin luah perasaan tentang nak jadi isteri nombor dua seseorang. PENYAMPAI radio Suria FM DJ Lin tidak pernah terfikir untuk bergelar isteri kedua hanya semata-mata ingin kembali hidup berumah tangga selepas 17 tahun bergelar ibu tunggal.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 47, meskipun soal jodoh adalah diluar kawalan seorang manusia namun dia seboleh-bolehnya mengelak daripada menganggu kebahagian orang lain.

“Apabila bercakap tentang jodoh, kadang kala ia diluar kawalan kita. Akan tetapi, seboleh-bolehnya kita elakkan. Kenapa kita perlu kacau kebahagiaan orang?

DJ Lin luah perasaan tentang nak jadi isteri nombor dua seseorang

“Kalau kita kacau kebahagiaan orang, mungkin satu masa nanti ia akan berbalik kepada diri kita.

“Ramai lagi yang bujang diluar sana dan sepadan dengan kita. Kalau boleh, daripada kita menganggu hak orang, menganggu rumah tangga orang, ada lebih baiknya kita pilih yang bujang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata, selepas 17 tahun hidup solo, dia menyifatkan kehidupannya bersama dua anaknya sebagai sudah cukup sempurna dan tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan.

Bagi DJ Lin, fasa percintaan sudah lama berlalu dan bukan mudah untuk mencari pasangan setaraf serta serasi dengannya.

Untuk rekod, DJ Lin bercerai dengan bekas suami pada 2006 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nureen Aresya, 22 dan Nazren Asyran, 20 tahun.

BACA:

Bawa diri dan anak ke padang pasir, Dr Fadzilah Kamsah sedih tengok keadaan Puteri Sarah

Gaji pekerja catat kenaikan terbesar dalam masa 26 tahun ini