Berdekah tengok eksperimen call ayah cakap ‘I Love U’ dapat RM50

Oleh INFORAKYAT

Berdekah tengok eksperimen call ayah cakap ‘I Love U’ dapat RM50. Namun, tidak semuanya negatif sahaja kerana masih ramai lagi yang melakukan konten-konten yang bermanfaat dan juga menghiburkan hati ramai pada masa yang sama.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita membuat eksperimen kepada seorang pemuda untuk mencabarnya bercakap I love you kepada bapa telah mendapat perhatian ramai.

Bapa pula terpinga-pinga anak terus cakap I love you

Berdekah tengok eksperimen call ayah cakap 'I Love U' dapat RM50

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah lokasi untuk membuat satu eksperimen kepada orang awam.

Dia kemudian terjumpa dengan sekumpulan pelajar dan mencabar salah seorang daripada mereka untuk menelefon bapanya dan memberitahu I love you. Menurut wanita itu, jika pemuda itu melakukan demikian, dia akan mendapat wang RM50.

Pemuda itu kelihatan terus mengambil telefonnya dan menelefon si bapa. Apa yang lebih melucukan adalah reaksi si bapa yang pelik dengan anaknya membuatkan rakan-rakannya yang lain turut tergelak.

“Bapa dia ingat anak dia dah buang tebiat” – Netizen

@shoeempire76 Bila last time korang cakap i love you dekat ibu bapa? #iloveyou #kasihsayang #fyp #tiktokmalaysia #sporting ♬ Speed Dial (Demo) – Kayla Grace

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi bapa pemuda itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 375.6K views, 28.4K likes dan 708 comments di TikTok.

BACA:

Buat duit dengan baju lama anda dengan guna 2 cara ini, jangan buang dulu!

Pencuci pinggan terpaksa panggil jiran sekampung bantu kirakan duit simpanan berguni-guni