Kerja cuci rumah tapi boleh jadi jutawan, wanita ini dedah rahsia

Oleh INFORAKYAT

Kerja cuci rumah tapi boleh jadi jutawan, wanita ini dedah rahsia. Seorang wanita menjadi jutawan seawal usia 23 tahun selepas memulakan perniagaan menawarkan khidmat membersihkan kediaman, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jennifer Hernandez berkongsi kisahnya dan memberi nasihat kepada orang ramai dalam akaun TikTik @tropicalcleanings.

Wanita itu tular bulan lalu selepas memuat naik video yang mendakwa dia menjana pendapatan AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan dengan pekerjaan itu.

Kerja cuci rumah tapi boleh jadi jutawan, wanita ini dedah rahsia

Wanita ini jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Hernandez akan membersihkan lima pejabat pada setiap hari dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Dalam tempoh seminggu, dia akan memperoleh AS$8,759 (RM37,344).

Wanita itu juga mempunyai 20 pekerja yang bekerja syif lapan jam. Setiap pekerjanya akan mengumpul wang sebanyak AS$1,000 (RM4,263) sehari.

“Cuba kira…jumlahnya AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun yang hanya berkata, Ayuh kita lakukan. Awak pun boleh,” katanya.

@tropicalcleanings_ 3 tips when starting your cleaning business #moneymotivation #sidehustles #cleaningbusiness #moneytok #foryoupage #businessideas #foryoupage #businessideas #smallbusiness #tips ♬ original sound – Start your cleaning business

Hernandez telah menyiarkan berpuluh-puluh klip video pada bulan lalu sambil menjawab soalan dan tips tentang perniagaannya yang semakin berkembang.

Ketika memulakan perniagaan, dia hamil enam bulan dan mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Suaminya kemudian berhenti kerja untuk membantunya mengembangkan perniagaan tersebut.

BACA:

Tahniah! Yusof Haslam bakal timang cucu lelaki

Adun Pas rendahkan martabat wanita disamakan dengan ‘barang’, netizen sindir “ada title ‘Doktor’ pun bodoh”