Lelaki kantoi cari anak kucing buat makanan ular peliharaannya, guna alasan nak buat teman

Oleh INFORAKYAT

Lelaki kantoi cari anak kucing buat makanan ular peliharaannya, guna alasan nak buat teman. Pastinya ramai tuan kucing yang ingin melepaskan anak-anak yang baru lahir untuk diberikan kepada orang lain.

Mereka pasti mahu anak kucing itu dijaga dan bukan dijadikan santapan binatang lain.

Tindakan seorang pengguna Twitter yang sibuk mencari anak kucing hingga sanggup pergi ke setiap ciapan akhirnya bongkar sesuatu yang menakutkan.

Lelaki kantoi cari anak kucing buat makanan ular peliharaannya, guna alasan nak buat teman

Kononnya mahu mencari kawan untuk binatang peliharaan, pengguna tersebut sebenarnya nak cari santapan buat ularnya.

Rata-rata warganet mengecam tindakan pengguna tersebut yang selamba bagi tip cara untuk cari kucing buat jadi makanan.

“Eh kau ni. Orang tu open for adoption sebab nak kucing tu dapat rumah yang lebih baik.

Tak payah cakap natural (semulajadi) sangat lah. Kalau ada ayam, ular telan ayam dulu sebelum kucing tahu tak?,” komen @syzmnnn.

Kalau nak bela binatang eksotik ini pastikan anda mampu bagi makanan yang sesuai bukan ambil anak kucing untuk jadi santapan.

Ada banyak lagi binatang yang boleh diberikan kepada haiwan tersebut tapi kenapa kucing juga jadi pilihan.

BACA: 

Bekas tunang dedah sesuatu yang aibkan Zarina buat semua terkejut

Doktor bagi amaran keras jangan biar benda ini dalam kereta kalau tak nak merana