Gempabumi Turki – bekas pemain Chelsea belum lagi dijumpai

Oleh INFORAKYAT

Gempabumi Turki – bekas pemain Chelsea belum lagi dijumpai. Bekas pemain Chelsea, Christian Atsu antara salah seorang mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gemba bumi yang sedang melanda Turki.

Pemain kelahiran Ghana itu pernah beraksi di EPL beberap musim lalu bersama beberapa buah kelab sebelum berpindah ke Turkiye menyertai Hatayspor.

Menerusi beberapa laporan yang diterima, Atsu dan beberapa ahli pasukan baharunya terpaksa diselamatkan oleh pakar selepas gempa bumi melanda.

Gempabumi Turki - bekas pemain Chelsea belum lagi dijumpai

Ketika ini, Atsu dan pengarah sukan Hatayspor, Taner Savut masih gagal ditemui di bawah runtuhan.

Gempa bumi melanda dengan kuat di Kahramanmaras, tempat Hatayspor berpusat sekaligus menyebabkan misi pencarian diteruskan.

Nasib pemain berusia 31 tahun kekal menjadi tanda tanya tatkala keadaan kacau-bilau menyukarkan langkah berikutnya.

BACA:

Ustaz jadi trauma diganggu wanita psiko – “siap berani datang ofis sampai saya kena menyorok dalam tandas”

“Saya sebenarnya ibu tunggal, ibu tunggal hamil dengan suami orang” – kisah realiti kehidupan akhir zaman