“Cikgu, kasut saya tertinggal” – Takut nak masuk balik rumah hantu, aksi murid buat ramai ketawa

Oleh INFORAKYAT

“Cikgu, kasut saya tertinggal” – Takut nak masuk balik rumah hantu, aksi murid buat ramai ketawa. Rumah hantu ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata.

Kalau yang berani dan sukakan cabaran pasti akan masuk, tetapi kalau yang jenis penakut tentu akan pass sahaja untuk masuknya.

Terutama sekali pada zaman persekolahan, memang seronok rasa lagi-lagi masuk dengan rakan-rakan. Jadi, tak adalah takut sangat.

Namun, berbeza pula dengan gelagat murid sekolah ini selepas sahaja mereka memasuki rumah hantu telah menimbul tawa ramai.

"Cikgu, kasut saya tertinggal" - Takut nak masuk balik rumah hantu, aksi murid buat ramai ketawa

Macam-macam gelagat lepas masuk rumah hantu, sampai ada tertinggal kasut

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang murid perempuan baru sahaja memasuki rumah hantu yang diadakan di sekolah.

Dapat dilihat kesemuanya keluar dalam keadaan huru-hara sehinggakan ada yang mahu tertanggal tudungnya.

Lebih menghiburkan lagi salah seorang daripada mereka kemudian mengadu kepada guru bahawa kasutnya tertinggal di dalam rumah hantu berkenaan.

“Tudung dah ke belakang, kasut tertinggal. Haha macam-macam” – Netizen

Lihat video itu di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat murid-murid tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 16.3K views, 101 retweets dan 179 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

BACA:

Mercun kini dah halal di Malaysia, boleh jual dan main sepuasnya

Hubungan Zarina dan tunang akhirnya terputus tengah jalan