Mercun kini dah halal di Malaysia, boleh jual dan main sepuasnya

Oleh INFORAKYAT

Mercun kini dah halal di Malaysia, boleh jual dan main sepuasnya. Kerajaan bakal menghalalkan penjualan mercun dan bunga api, tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

Menteri Pembangunan Kerajaan tempatan, Nga Kor Ming berkata, garis panduan itu akan ditentukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala isu membabitkan duti akan ditetapkan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet semalam, memandangkan ia boleh menjadi satu lagi punca hasil kepada negara.

Mercun kini dah halal di Malaysia, boleh jual dan main sepuasnya

“Semalam Jemaah Menteri sudah meluluskan pembakaran mercun dan bunga api akan dihalalkan.

“Tetapi ia tertakluk kepada permohonan lesen import, duti mengikut peraturan dan garis panduan.

“Kita tahu pembakaran mercun menjadi amalan seluruh rakyat, tak kira Tahun Baharu Cina, Deepavali, Aidilfitri atau Krismas,” katanya kepada pemberita pada program Jalinan Muhibbah KPKT, di sini, hari ini.

Nga berkata, ketika ini, bahan berkenaan dijual oleh sindiket ‘bawah tanah’, menyebabkan aspek keselamatan tidak diendahkan.

Beliau berkata, apabila dihalalkan kelak, kerajaan bakal memungut ratusan juta hasil daripada pemegang lesen.

Selain itu, katanya, akan ada kawal selia, penguatkuasaan dan undang-undang yang dipastikan.

“Saya harap dasar baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada April nanti.

“Sekarang ini (peniaga) jual curi-curi. Lepas dapat lesen dia boleh jual di pusat beli belah,” katanya.

BACA:

Fizo Omar balas sindiran Mawar ke tu? – “Alhamdulillah Allah masih bagi sabar..”

Gila sangat main judi, isteri nak bakar zakar suami