Ini kisah sedih disebalik kejayaan ‘Tudung Hasnuri’ setelah bertahun berpenat

Oleh INFORAKYAT

Ini kisah sedih disebalik kejayaan ‘Tudung Hasnuri’ setelah bertahun berpenat. 2014, sepasang suami isteri nekad mahu ubah kehidupan dengan menjalani perniagaan. Berbekal RM10k, mereka buka kedai jualan barangan pelbagai daripada Thailand

Blause, Narita, tudung, skirt dan pelbagai lagilah barangan mereka jual. Biasalah setahun dua meniaga, memang struggle tinggi

Masa tu si suami masih bekerja sebagai cikgu. Sebab jualan di kedai tak banyak, mereka masuk event. Apabila masuk event, wah, banyak rupanya jualan boleh dibuat

Bermula dari situ bisnes model mereka masuk event. Serata event mereka pergi. Kekangannya si suami masih kerja jadi ada yang clash. Dia nekad berhenti kerja sebagai penjawat awam

Ini kisah sedih disebalik kejayaan 'Tudung Hasnuri' setelah bertahun berpenat

Cumanya mereka perasan, apabila masuk event, jualan memang banyak tapi penat tu lagi memenatkan. Mereka kena ubah cara ini

Mereka focus kembali buka kedai dan tak bernasib baik cawangan kedua yang terlalu jauh dari cawangan pertama buatkan mereka gagal untuk kembangkan kedua duanya

Kembangkan brand, bukan kedai

2017, mereka ubah strategi. Mereka mula hasilkan produk sendiri. Disebabkan si isteri suka pakai baju kurung, jadi mereka jual baju kurung. Permulaan beli kain dan upah jahit, dalam masa seminggu habis dijual

Inilah lubuk duit mereka selama ini yang sepatutnya mereka focus!

Mereka tukar busines model lagi, mereka hanya jual baju kurung jenama mereka sahaja iaitu gabungan nama si suami Hasbullah dan Nuriah – HasNuri

2018 – jualan 4 juta
2019 – jualan 20 juta
2020 – jualan 40 juta
2021 – hampir 100 juta!

4 tahun mereka cari arah, tapi 4 tahun pertumbuhan pesat mereka kecapi. Kini mereka ada beratus pekerja dan 60 ribu dropship di seluruh Malaysia

Bagaimana boleh berkembang pesat?

1) Misi yang jelas

Sebab si isteri suka pakai baju kurung, mereka mahu wanita di luar sana tampil cantik menutup aurat dengan pakai baju kurung melayu daripada mereka. Simple yet very clear

2) Target Market

Mereka jual baju kurung. Baju kurung mereka tak mahal. Range harga hanya RM50 sahaja. Penjawat awam boleh beli tak perlu tunggu gaji. Golongan gaji rendah ke medium boleh beli. Itu pelanggan mereka

3) Evergreen dan Seasonal

Mereka tak fokus hanya pada jualan raya semata, tapi semua perayaan mereka buat. Hari guru, hari merdeka, Maal Hijrah. Ini adalah seasonal koleksi mereka keluarkan. Evergreen yang available setiap masa pun mereka buat

4) Dropship training
Mereka train dropship dan mahukan dropship mereka jana pendapatan tinggi. Tak ramai yang nak jual untung kecil ni sebab harga tak mahal tapi mereka sabar dalam melatih dan kesabaran ini yang membuahkan hasil

Saya tak nampak cara “pelik” lain mereka buat. Mereka tak joget2 buat viral marketing, mereka tak tayang aurat untuk raih jualan, mereka tak pamer kekayaan melampau

Both suami isteri masih muda, umur below 40 dan pertumbuhan HasNuri sememangnya mengkagumkan

Semoga Hasnuri terus berjaya

BACA:Baru tahu fungsi garis-garis atas duit RM, dah lama guna baru perasan

Penyanyi nombor satu India nyanyi lagu cindai Siti Nurhaliza