Aeril Zafrel pula terjebak dengan Sophia, “orang mudah jatuh hati padanya..”

Oleh INFORAKYAT

Aeril Zafrel pula terjebak dengan Sophia, “orang mudah jatuh hati padanya..” Aeril Zafrel tidak menafikan mana-mana lelaki yang mengenali aktres Sophia Albarakbah pasti akan terpikat hati dengan karakter wanita itu yang baik dan manja.

Pernah bergandingan bersama Sophia dalam drama Tercipta Satu Ikatan pada 2021, Aeril atau Suhairil Sunari, 35,mengakui pelakon cantik itu memiliki karakter yang mempersona dan menyenangkan.

Aeril dan Wawa antara pasangan selebriti yang dikatakan setia.

Aeril Zafrel pula terjebak dengan Sophia, "orang mudah jatuh hati padanya.."

“Bagi saya dia seorang wanita yang baik. Dalam karakter atau pun di luar karakter, dia pun manja juga. Kalau orang yang senang terasa mungkin mudah jatuh hati.

“Itu pendapat sayalah. Tapi kita anggap perkara itu hanya kawan sahaja. Cuma jangan ada salah faham sahaja,” katanya kepada mStar.

Aeril berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama baharu TV3 untuk bulan Februari yang diadakan di Park 28, Mutiara Damansara, Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, Aeril memberitahu setiap kali bergandingan bersama pelakon wanita, dia akan berterus terang menjelaskan hubungan mereka di set penggambaran hanyalah atas dasar kerja.

Ini selepas kemesraan yang ditunjukkan di hadapan kamera disalah tafsir hingga terbawa ke luar set penggambaran.

“Saya akan cakap dengan heroin kami hanya berlakon dan tidak lebih daripada itu sebab pernah terjadi bila saya lupa beritahu tentang hal itu, ada pelakon wanita yang cakap saya nak try dia.

Dalam karakter atau pun di luar karakter, dia pun manja juga. Kalau orang yang senang terasa mungkin mudah jatuh hati.

“Mungkin saya terlalu membawa karakter sehingga di belakang kamera membuatkan dia salah sangka. Sejak daripada itu saya akan berterus terang sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, aktor ini juga bersyukur kerana diberikan kepercayaan oleh isterinya iaitu Wawa Zainal yang sentiasa memberikan sokongan atas apa yang dilakukan.

“Wawa dah beri sepenuh kepercayaan dengan saya jadi saya tidak boleh merosakkan kepercayaan yang diberi. Kami pun sangat transparent, dia boleh pegang telefon bimbit saya, saya boleh tengok telefon dia.

Aeril dan Fasha bakal bergandingan dalam drama Serpihan Sayang.

“Saya tidak boleh buat benda tu (curang). Ramai orang bergantung harap dengan saya. Kalau nama saya tercemar disebabkan perangai saya, ramai yang akan menanggung kesannya,” katanya.

Dalam perkembagan lain, Aeril bakal membintangi drama Serpihan Sayang bersama pelakon Fasha Sandha yang akan disiarkan bermula 22 Februari depan, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Selain Aeril dan Fasha, drama berkenaan turut dibarisi barisan pelakon terkenal termasuk Elisya Sandha dan Shah Jaszle.

BACA: 

Ini sebab ramai berebut nak jadi wakil rakyat, kelebihan ini tiada pada YDP Agong

Berpunca dari overdose ubat kuat, atuk 70 tahun maut selepas langgan wanita di hotel