Sah dilantik Pengarah JKOM, Prof Agus ucap kata-kata ini

Oleh INFORAKYAT

Sah dilantik Pengarah JKOM, Prof Agus ucap kata-kata ini .Alhamdulillah, hari ini saya memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri.

Saya menerima tanggungjawab besar ini atas hasrat untuk bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan bagi membangunkan negara ini, bukan sahaja dari segi ekonomi dan infrastruktur, tetapi juga dari segi siasah dan masyarakatnya.

Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendokong misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.

Sah dilantik Pengarah JKOM, Prof Agus ucap kata-kata ini

Dari segi masyarakat, adalah untuk mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati dan bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum. Ya, perbezaan akan terus berlaku, namun yang penting kita mampu meraikan dan menerimanya dengan jiwa terbuka.

Mencapai hasrat di atas bukan mudah. Saya tentunya tidak boleh melakukannya sendirian. Oleh itu, kami di J-Kom tentunya memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua supaya dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.

Tiga teras utama J-Kom, iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital, dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat akan kami laksanakan mengikut acuan Malaysia Madani supaya program-program yang bakal kami laksanakan nanti dapat merealiasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni, dan sejahtera.

Saya lihat episod PRU-15 telah memisahkan masyarakat kita. Pengaruh media sosial telah membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.

Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-Kom akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika yang betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan tolarensi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur.

Bagi menggerakkan usaha ini, J-Kom akan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat.

Doakan kejayaan kami dan marilah bersama kami di J-Kom melaksanakan perubahan ini.

“BERPAKSIKAN HIKMAH, KITA MELANGKAH”

DATO’ DR. MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom)
Jabatan Perdana Menteri

BACA:

Ini sebab ramai berebut nak jadi wakil rakyat, kelebihan ini tiada pada YDP Agong

Berpunca dari overdose ubat kuat, atuk 70 tahun maut selepas langgan wanita di hotel

Prof Agus dilantik Ketua Pengarah JKOM