Jarang-jarang boleh nampak, ini cacing tanah terbesar dunia

Oleh INFORAKYAT

Jarang-jarang boleh nampak, ini cacing tanah terbesar dunia. Cacing tanah terbesar di dunia ini menjadikan lembah Sungai Bass di Gippsland Selatan yang terletak di Victoria, Australia menjadi habitat mereka.

Cacing ini dijumpai di kawasan seluas 3.88 meter persegi yang mana kawasan itu dulunya hutan tebal kini dijadikan tanah pertanian.

Cacing tanah gergasi Gippsland ini mula-mula ditemui oleh manusia pada tahun 1800-an di Victoria, Australia.

Beberapa orang pekerja yang memeriksa sebuah landasan kereta apai secara tidak sengaja telah menggali habitat cacing gergasi ini.

Ingatkan Ular, Rupanya Inilah Cacing Tanah Terbesar Di Dunia

Jarang-jarang boleh nampak, ini cacing tanah terbesar dunia

Mereka terkejut besar apabila menemui satu spesis cacing bersaiz besar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Ketika itu mereka ingatkan cacing tersebut adalah salah satu spesies ular. Kemudiannya mereka pun membawa cacing tersebut dan menyerahkannya kepada seorang profesor di Universiti Melbourne untuk dikaji.

Akhirnya ‘ular’ tersebut disahkan sebagai satu spesies cacing dan kemudiannya lebih banyak lagi cacing gergasi tersebut yang berukuran sekitar 1 meter hingga 2 meter panjang.Ingatkan Ular, Rupanya Inilah Cacing Tanah Terbesar Di Dunia

Cacing ini mampu bertahan dalam persekitaran yang diubah manusia serta jarang muncul di atas tanah.

Cacing Gippsland ini hanya akan timbul di permukaan tanah hanya pada ketika hujan lebat yang menenggelamkan liang mereka.

Antara keunikannya adalah ia mampu bertahan di kawasan tanpa tumbuh-tumbuhan.

Ciri-ciri lain cacing ini adalah mempunyai kulit yang sangat lembut, dan dapat hidup di dalam tanah yang lembap.

Pergerakan mereka juga biasanya akan mengeluarkan bunyi yang cukup kuat untuk didengari.Ingatkan Ular, Rupanya Inilah Cacing Tanah Terbesar Di Dunia

Disebabkan saiz dan keadaan tanah yang lembap, pergerakan cacing Gippsland ini akan menghasilkan bunyi seolah-olah air yang keluar dari tab mandi. Cacing ini juga dapat mencapai kedalaman sehingga 1.5 meter dengan menggunakan kepalanya yang berotot.

BACA:

Menteri disahkan meninggal dunia selepas kena tembak dengan pegawai polis

‘Suami aku licik’, bila semak tiada rekod jenayah syariah, rupanya guna khidmat ‘ulat’ dalam pejabat agama