Neelofa dilihat mengah mengandung anak kedua, Bilal bakal dapat adik? Pejam celik rupanya sudah pun menjangkau setahun usia permata hati kepada pasangan selebriti Neelofa Mohd Noor dan juga Haris Ismail atau PU Riz.
Sekitar 2 bulan lalu, bekas pengacara ‘MeleTOP’ tersebut pertama kali menayangkan wajah Muhammad Bilal kepada khalayak umum selepas beberapa foto yang diambil individu lain secara diam-diam mula tersebar.
Muhammad Bilal turns 1 today, Alhamdulillah
Untuk ulang tahun yang pertama buat Bilal, Lofa dan juga suami telah pun mengadakan satu majlis sederhana namun cukup meriah di sebuah tempat permainan kanak-kanak yang ditempah khas.
Bertemakan safari, ramai kenalan terdekat serta ahli keluarga pasangan berkenaan hadir bersama anak masing-masing.
View this post on Instagram
Namun apa yang menjadi perhatian sudah tentulah watak utama majlis tersebut iaitu Bilal.
Sudah boleh berjalan dengan laju meskipun kadang-kadang kurang stabil, si kecil tersebut yang putih gebu bukan main lincah ke sana ke mari.
Malah dia sampai perlu dipegang kemas oleh abahnya ketika tetamu menyanyikan lagu birthday.
BACA:
Thailand makin sayang kepada Safawi Rasid
Nurul Izzah hanya beri feedback kepada PM, bukan ada kuasa – Pejabat Anwar Ibrahim