‘Ku fikir jus oren, rupanya cecair pencuci’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

‘Ku fikir jus oren, rupanya cecair pencuci’ Tujuh pelanggan sebuah restoran di timur China terpaksa dikejarkan ke hospital bagi prosedur ‘sedut perut’ selepas dikatakan terminum cecair pencuci yang disangka jus, lapor South China Morning Post (SCMP).

Menurut laporan, kejadian berlaku di wilayah Zhejiang, pada 16 Januari lalu.

Salah seorang pelanggan, Sister Wukong menjamu selera di restoran itu bersama keluarga dan rakannya apabila seorang pelayan membawa sebotol minuman yang disangka jus buah.

Wanita itu menerusi rakaman video mendakwa dia dan enam orang dihantar ke hospital untuk prosedur ‘sedut perut’ selepas menyedari terdapat kesilapan.

Bagaimanapun, video dimuat naik wanita itu dipercayai sudah dipadamkan.

'Ku fikir jus oren, rupanya cecair pencuci'

Penyedutan gastrik adalah prosedur yang boleh digunakan oleh doktor untuk mengosongkan kandungan perut dengan cepat sekiranya berlaku kecemasan.

SCMP melaporkan, kejadian itu berpunca daripada seorang pelayan wanita yang mengalami masalah penglihatan.

Wukong yang menerima rawatan di hospital berkata, mereka bertujuh makan bersama dan terpaksa menjalani prosedur ‘sedut perut’.

“Suami adalah orang pertama yang meneguk minuman itu dan memberitahu mereka minuman itu berasa pahit.

“Saya mengambil satu teguk dan menelan. Tekak saya berasa sangat perit serta-merta,” katanya.

Beliau berkata, pelayan terbabit memberitahu dia tidak bekerja di restoran itu dan hanya membantu pekerja, pada hari kejadian.

Restoran berkenaan juga menyatakan tidak pasti jenis pencuci lantai yang dihidangkan kepada tetamu.

Bagaimanapun, carian dalam talian menunjukkan beberapa jenama pembersih lantai dalam pembungkusan seperti bekas jus oren dan kebiasaannya tertera bahasa asing.

Seorang pegawai polis dari Balai Polis Xucun berkata, kesemua tujuh pelanggan berada dalam keadaan stabil dan akan mendapatkan pampasan daripada restoran itu.

BACA:

Negara paling kecil dalam dunia ditemui, ada 50 orang sahaja rakyat

“Mujur muat naik gambar makanan ni dulu sebelum makan, kalau tak arwah dah..”