Ahli Politik Sweden nekad nak bakar Quran setiap jumaat

Oleh INFORAKYAT

Ahli Politik Sweden nekad nak bakar Quran setiap jumaat. Tidak sampai 24 jam selepas membakar 2 naskah Al-Quran di sebuah masjid dan kedutaan Turkiye di Denmark,

Satu lagi tindakan provokatif dilakukan ahli politik berhaluan kanan Denmark, Rasmus Paludan.

Senaskah lagi kitab suci al-quran dibakar di hadapan kedutaan rusia.

Ia selepas tindakkannya sebelum ini mendapat kecaman ahli seni bela diri campuran (MMA) kacukan Rusia-Sweden, Khamzat Chimaev yang menggelarnya ‘pengganas’.

Ahli Politik Sweden nekad nak bakar Quran setiap jumaat

Malah tindakan Rasmus kali ini mendapat bantuan polis Denmark yang menutup jalan berhampiran, serta mengambil langkah keselamatan ketat sekitar kawasan terbabit.

Rasmus dalam satu kenyataan berikrar akan membakar kitab suci umat Islam itu setiap Jumaat hingga Sweden diterima menjadi anggota NATO.

Bagaimanapun tindakkan itu hanya memburukkan lagi keadaan, selepas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran tidak akan menyatakan sokongan terhadap Sweden untuk menyertai blok itu.

Namun, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengecam pendirian Erdogan, sebaliknya mempertahan penerimaan luas negara mereka terhadap kebebasan bersuara.

BACA: 

Negara paling kecil dalam dunia ditemui, ada 50 orang sahaja rakyat

Nenek akui dah ketagih mandi lumpur, “lagi untung dari turun sawah”