Fatin Afeefa sudah mula isytihar perang

Oleh INFORAKYAT

Fatin Afeefa sudah mula isytihar perang. Pelakon Fatin Afeefa bersedia berdepan perbicaraan kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh bekas suami juga pelakon, Adam Shahz.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory, pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sambil ditemani suami baharunya, Aliff Awang.

“Ready for war (sedia untuk berperang),” ujar Fatin ketika berkongsi semula hantaran yang dimuat naik suaminya dalam InstaStory.

Fatin Afeefa sudah mula isytihar perang

Kelihatan Fatin yang duduk di tempat duduk belakang kereta turut dipuji suaminya kerana kelihatan cantik mengenakan persalinan jubah berwarna hitam lengkap bertudung.

“Cantik tak?”, soal Fatin sambil dijawab ‘cantik’ oleh suaminya.

Sementara itu, Adam Shahz ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan perbicaraan kali pertama kes hak penjagaan terhadap anaknya akan berjalan pukul 11.40 pagi ini.

“Pukul 11.40 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy selepas mendakwa telah lebih dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

Ujar Adam, dia tiada niat untuk berebut anak, tetapi hanya berharap silaturahim sebagai seorang bapa dengan anak tidak diputuskan.

“Saya bukan mahu berebut anak, hanya berharap jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak selain memberikan saya peluang bertemu Ivy.

“Ini pun baru perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu, tetapi yang pasti saya akan tetap berjuang. Biar apa pun, saya akur kepada keputusan mahkamah,” ulasnya lagi.

Sebelum ini perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercerai sekitar Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia, manakala sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

BACA:

Hidup mati KJ dalam UMNO, ‘besar kemungkinan akan dipecat’

Ini 10 senarai wanita islam terkaya di dunia, yang paling akhir paling padu