‘I buat bola untuk suami..’ – patutlah isteri tua marah sangat dengan Fyna Jebat

Oleh DAHLIA MARZUKI

‘I buat bola untuk suami..’ – patutlah isteri tua marah sangat dengan Fyna Jebat. Tular tentang pergaduhan yang berlaku antara isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan, Fyna Jebat dan isteri pertama, Datin Zalina Zaini baru-baru ini.

Difahamkan, berlaku adegan tarik rambut antara dua isteri bekas jurulatih Liga Super itu kerana Zalina berasa disindir dengan kenyataan Fyna dalam program Famili Duo.

Disebabkan itu, segelintir netizen mendakwa pengacara program itu, Janna Nick menjadi punca pergaduhan antara Fyna dan madunya.

'I buat bola untuk suami..' - patutlah isteri tua marah sangat dengan Fyna Jebat

Bukan hanya netizen, tetapi pelakon Azhar Sulaiman turut ‘berpesan’ kepada pihak produksi untuk tidak menjadikan perkahwinan tersebut bahan jenaka.

Tidak berdiam diri, Janna terpanggil mempertahankan dirinya dan menjelaskan bahawa apa yang ditanya olehnya di dalam program adalah mengikut skrip.

Saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumahtangga yang dilalui mereka.”

Menerusi hantaran di Instagram, Janna memuat naik klip pendek ketika dia bertanyakan soalan kepada Fyna yang didakwa menjadi punca itu.

Sesetengah netizen berpendapat soalan ditanya aktres itu tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya cara Fyna menjawab soalan yang ‘mengundang’.

Mereka turut mengkritik adik Ayda Jebat itu kerana tidak berfikir sebelum menjawab kerana memberikan unsur ‘double meaning’ dalam program TV yang ditonton pelbagai lapisan umur.

BACA:

Azmin Ali calon MB Selangor dari PN?

Pantang maut sebelum ajal, lelaki ini panjang umur kerana baca komen..