Permohonan poligami ditolak, suami nekad nak ceraikan isteri

Oleh INFORAKYAT

Permohonan poligami ditolak, suami nekad nak ceraikan isteri. Seorang lelaki tergamak mahu menceraikan isteri hanya disebabkan keputusan mahkamah tidak menyebelahinya bagi permohonan poligami sekali gus mahu hidup bersama isteri baharu.

Itu ujian rumah tangga dihadapi seorang wanita seperti yang dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Menurutnya, wanita tersebut membuat janji temu dengan beliau bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rumah tangga yang dihadapi.

Permohonan poligami ditolak, suami nekad nak ceraikan isteri

“Dek kerana suami nak poligami, isteri minta suami mohon di Mahkamah Syariah. Keputusan tidak menyebelahi suami, maka suami ambil keputusan untuk ceraikan isteri pertama yang sudah punya empat cahaya mata sebab tetap nak bersama bakal isteri baharu.

“Macam yang selalu saya katakan, dah kalau jantan dah ada hasrat (poligami), hakim sahkan tak layak pun tetap nak juga,” katanya.

Berkongsi kisah kedua, Suzana berkata, seorang isteri mengadu kepadanya bahawa suaminya tidak akan mengampunkannya jika permohonan poligami dihantar ke mahkamah ditolak.

“Kata suami, kalau saya tak setuju dengan permohonan poligami yang dia hantar ke mahkamah dan sebab itu permohonan dia ditolak, suami takkan ampunkan saya dan takkan reda saya sampai bila-bila,” menurutnya yang memetik kata-kata wanita tersebut.

BACa:

Shuib rimas selalu dikaitkan dengan watie, ini punca sebenar..

Pantang maut sebelum ajal, lelaki ini panjang umur kerana baca komen..

Hasil kekayaan billionair dalam negara didakwa hasil dari kronisme