Azwan Ali bagi nasihat padu kepada Mas Idayu selepas malukan peserta live di TV. Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA berkata setiap juri berhak memberikan pandangan dan kritikan namun perlu berlandaskan cara penyampaian yang betul.
Memetik Utusan Online, Azwan berkata supaya tidak kelihatan buruk di kaca televisyen serta menghormati setiap peserta yang bertanding apatah lagi jika program disiarkan secara langsung.
“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta. Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023.
“Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk mengeruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding,” katanya.
Menurut Azwan dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan artis. Ujarnya lagi, jika dia berada di tempat Sissy Iman sudah pasti dia akan terus meninggalkan set berkenaan.
“Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.
“Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” katanya.
Mengulas mengenai penjelasan Mas Idayu yang mengatakan tindakan dibuat kerana sayang kepada peserta, Azwan berkata apa saja alasan diberikan tindakan menjatuhkan maruah dalam keadaan tersebut tidak boleh diterima.
“Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi ‘laser’ dari Mas Idayu.
“Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.
Ahad lalu, persembahan Naim Daniel dan Sissy Iman yang menyanyikan lagu Jampi menerima kritikan pedas daripada juri tetap Mas Idayu. Susulan komen tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata di atas pentas.
BACA:
Shuib rimas selalu dikaitkan dengan watie, ini punca sebenar..
Hasil kekayaan billionair dalam negara didakwa hasil dari kronisme