Jual sandwich isi sekerat je, ‘aku mengadu dekat penjual last-last kena block’.Orang kata sesiapa yang menceburi perniagaan dalam bidang makanan, memang tak akan rugi sebab rakyat Malaysia memang gemar dengan makanan-makanan yang ringkas seperti sandwich contohnya.
Tetapi nampaknya, masih banyak lagi peniaga tidak jujur walaupun cuma menjual menu seringkas itu.
Seperti perkongsian seorang pengguna media sosial, dia berasa tertipu dengan sandwich yang dibeli apabila inti roti berkenaan hanyalah sekerat sahaja di bahagian hadapan.
Individu tersebut kemudian cuba menghantar pesanan WhatsApp kepada peniaga yang menjual sandwich berkenaan, tetapi sebaliknya dia pula disekat (block) selepas mengadu perkara tersebut.
Dari gambar yang dikongsikan, dapat dilihat luaran roti sandwich terlihat lazat dengan cheese dan mayonis yang melimpah.
Namun lain pula jadinya apabila roti berkenaan dibuka. Isinya hanyalah berintikan dua hiris ayam, sedikit sos, dan sehelai daun salad yang amat kecil.
Sos cheese dan sos barbeku pula diletakkan di bahagian luar roti semata-mata.
Difahamkan roti sandwich berkenaan dijual dengan harga RM4.90.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan peniaga yang tidak amanah kerana tidak sepatutnya mereka buat main dengan orang sedang lapar.
Mereka juga memberitahu bahawa perniagaan sebegini akan menyebabkan rezeki tidak berkat kerana menganiaya orang lain.
“Tak berkat rezeki kau niaga macam ni. Serik dah kena juga dulu dekat Hospital Besar Melaka. Dah ler lapar tengah mengandung. Dia bantainya jual macam hare,” komen pengguna Facebook.
“Kena block ke tu?” Tulis pengguna lain.
BACA:
Ustazah Siti Bahyah mengamuk MAS halang 16 keluarganya ‘check in’