Portal milik Pas kena ‘sound’ dengan Sultan Perak

Oleh INFORAKYAT

Portal milik Pas kena ‘sound’ dengan Sultan Perak. Jurucakap Istana Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menegur portal Harakahdaily agar belajar lebih beradab dalam menjunjung adat Negeri Beraja-Rakyat Bersultan.

Ini berikutan portal milik Pas itu menyiarkan gambar Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria yang setanding dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang Adun dengan darjat seorang Raja Pemerintah.

Portal milik Pas kena 'sound' dengan Sultan Perak

“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang Harakahdaily, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat NEGERI BERAJA – RAKYAT BERSULTAN.

“Bila meletakkan gambar; jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” tegas beliau yang juga Ahli Dewan Negara Negeri Perak di laman Facebooknya.

BACA:

Lizzy dedah sesuatu pasal suaminya yang buat ramai geram, “ada perempuan mesej pukul 3 pagi..”

Pelaburan makin mencanak naik bawah PMX, Intel pula nak labur RM30 Billion