Netizen puji usaha Shuk buat aksi mesra pujuk Sera masa umrah. Umum sedia tahu rumah tangga pasangan Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah (lebih mesra disapa Sera) kini telah kembali pulih setelah mereka mengerjakan umrah bersama-sama. Setelah diduga dengan kehadiran orang ketiga, kehilangan punca pendapatan dan rumah kediaman mereka, namun mereka kelihatan cuba memperbaik keadaan. Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok Sera, Shuk nampaknya tidak melepaskan peluang untuk memujuk isterinya agar tidak lagi bersedih dek perkara yang lepas.
Menerusi video tersebut, Shuk kelihatan telah memeluk erat bahu Sera ketika bersiar-siar di Kota Suci Mekah. Ini membuatkan netizen teruja dan tumpang bahagia dengan hubungan mereka yang kembali pulih berbanding sebelum ini.
Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera
Di dalam video tersebut juga Shuk sempat berseloroh dan tujukan satu pickupline untuk isterinya. Ini mungkin salah satu effort Shuk untuk kembali menambat hati isterinya itu. Di dalam pickupline tersebut, Shuk bertanya,
“Apa persamaan Masjid Quba dengan dia (Sera)?
Dengan tujuan mengambil hati isterinya itu, Shuk dengan romantis menjawab,
“Masjid Quba adalah masjid pertama dibina oleh baginda Rasulullah, you adalah orang pertama kita bina rumahtangga bersama”
@rossa.sera Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah💜 #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ – tpxd_8g
Alahai, melting betul tengok gelagat Shuk yang cuba memujuk Sera. Sera juga kelihatan sangat teruja dengan tingkah laku Shuk yang sangat ikhlas untuk kembali ke pangkuannya. Menerusi video tersebut juga kelihatan Sera tidak kekok menyuap strawberi kepada Shuk. Diharap kemesraan yang terjalin dapat dipupuk dan diteruskan sehingga balik dari umrah nanti. Sera juga menggangap semua yang berlaku itu adalah satu permulaan yang baik buat mereka.
Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera
“Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023” – Sera
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen senang dengan perubahan mereka dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
BACA:
Dakwa ada babi dalam perasa makanan terkenal – “Itulah pentingnya english education”, kata netizen
Shuk tunai umrah dengan isteri – “nervous tapi happy sangat!”