Dakwa ada babi dalam perasa makanan terkenal – “Itulah pentingnya english education”, kata netizen

Oleh INFORAKYAT

Dakwa ada babi dalam perasa makanan terkenal – “Itulah pentingnya english education”, kata netizen. Seorang wanita konon mahu berkongsi maklumat mengenai perasa yang dijual di kedai mengandungi babi namun semua hanya salah faham kerana dia tidak membaca dengan betul.

Namun perkongsian tersebut disangkal orang ramai apabila wanita tersebut hanya membaca perkataan ‘pork’ tanpa memahami konteks sebenar.

Jelas terpampang ‘use on’ atau bahasa mudah boleh digunakan pada ayam atau babi namun telah disalah erti wanita tersebut.

Dikhabarkan wanita tersebut telah mengunci akaun TikTok selepas ramai membetulkan kesalahannya.

Namun isu ini telah tular ke Twitter @isusemasaviral yang memuji keyakinan wanita tersebut walaupun salah.

“Sumpah yakin dia tu sampai tahap dewa,” tulis ciapan tersebut.

Pada masa sama warganet meminta wanita itu untuk memahami ayat dengan betul sebelum berkongsi.

Dakwa ada babi dalam perasa makanan terkenal - "Itulah pentingnya english education", kata netizen

“Itu dia cakap use on kak,” komen @aetajdnfghjkl.

“Masalahnya dia faham tak terma ‘Use on’ tu. Kenapa bila nampak tulisan PORK je semua nak kata ada benda tu dalam dia ehh?

“Aduhaiii. Tolonglah sesiapa pergi pesan dekat orang macam ini untuk baca betul-betul sebelum nak tetiba kelam kabut tak tentu pasal kongsi benda tak betul,” komen @niezam_ted.

BACA:

Menteri sahkan guru besar disamun duit bantuan RM100K telah langgar SOP

Shopee terpaksa potong gaji pekerja, krisis ekonomi makin memuncak

“Jangan sampai LHDN beri salam”- Ini jumlah minima gaji individu wajib bayar cukai