Wanita akhirnya kantoi elak bayar tol 45 kali, “pakai Mercedes mahal dah”. Mampu berkereta mewah tetapi enggan bayar tol. Namun ibarat sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Kelicikan pemandu sebuah kereta Mercedes-Benz A-Class yang sudah 45 kali mengelak membayar tol ketika melalui lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) akhirnya ditahan.
PROLINTAS dalam perkongsian di media sosial, memaklumkan pemandu wanita terbabit dikesan culas membayar tol sehingga kini tertunggak sebanyak RM275.65.
“Kereta mewah 45 kali culas tol, ditahan. Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan.
“Cuba teka, kali ni kereta apa pulak yang kantoi? Amboi berani betul sister (wanita) ini,” kata pengendali media sosial syarikat konsesi itu menerusi beberapa ciapan di Twitter.
Menurut PROLINTAS, wanita itu bagaimanapun menyelesaikan semua tunggakan berkenaan serta-merta.
Justeru, semua pemandu diingatkan supaya tidak meniru aksi tidak bermoral itu kerana ia bukan sahaja dianggap menceroboh, malah membahayakan kenderaan lain.
Sementara itu, beberapa pengguna Twitter mencadangkan supaya PROLINTAS mengenakan bayaran berganda kepada pemandu yang culas membayar tol.
“Patut suruh dia bayar 10 kali daripada amaun asal, plus (termasuk) penjara semalam. Baru ada akal,” ciap pemilik akaun dikenali @AmirulHazmi.
“Sepatutnya kereta yang culas tol ini kena bayar denda sekali, tiga kali ganda (denda) contohnya,” ciap @nightneattt pula.
“Should start (patut dikenakan) denda mereka ini baharu mereka takut. Setakat bayar biasa mereka memang mampu tetapi otak (mereka) nak benda percuma,” ciap @nurzack04.
BACA JUGA :
Khalid Jamlus tak puas hati dengan strategi Kim Pan-Gon
Kerana curi kad Touch n Go mangsa tanah runtuh Batang Kali, penjawat awam direman