‘Menyesal ambil gadis B40 buat awek, rupanya kaki kikis, asyik nak makan tempat viral’. Mencari pasangan yang memiliki taraf kehidupan yang sama atau sekufu merupakan sesuatu yang digalakkan.
Namun perkara itu bukanlah menjadi keutamaan kerana ia bergantung kepada penerimaan dan toleransi setiap pasangan dalam sesuatu perhubungan.
Bagaimanapun ia bukanlah tiket untuk menghina mana-mana kelompok dalam masyarakat yang tidak setaraf dengan kita.
Menurut seorang lelaki, dia lebih selesa memilih wanita dalam kalangan T20 sebagai pasangan hidup dan bukannya B40.
Harith mendekati wanita B40 untuk kajiannya walaupun sudah memiliki kekasih.
Keputusan itu dibuat setelah dia sendiri melakukan kajian sosial apabila berpura-pura bercinta dengan wanita B40 walaupun dalam masa sama sudah mempunyai kekasih golongan T20.
“Tak sanggup nak buat kajian ni sebab macam menduakan kekasih T20 saya, tapi demi kajian saya buat senyap-senyap,” tegasnya dalam hantaran di Grup B40 Buat Perangai Apa Harini.
Pelayar bernama Harith Othman itu kemudian membuat ulasannya setelah melaksanakan kajian tersebut.
Dakwa Harith, wanita B40 tidak pandai mencari wang sendiri serta lebih banyak menghabiskan waktu terluang dengan menonton drama Melayu.
Kesan daripada terlalu kerap meluangkan masa menonton rancangan sedemikian, dikatakan bahawa wanita dalam kelompok itu mudah terpengaruh dengan angan-angan ‘drama Melayu’.
“Apabila keluar saja nak makan makanan viral, minta beli baju, seluar itu ini. Lelaki ni bukan tak mampu, tapi rasa macam dipergunakan golongan miskin B40 ni, duit tak ada, asyik tayang modal badan saja.
“Sebab tu saya pilih perempuan T20. Mereka ni minda lebih terbuka. Tak layan tempat viral ni, makan manis-manis, asal viral nak try. Mereka ni lebih fokus makanan yang sihat, dan ada class, environment dan lokasi untuk dia pilih tu restoran mewah, dan tenang.
“Tak serabut dengan perempuan B40 yang terhegeh-hegeh ajak kekasih B40 dia beratur panjang-panjang tu… semak!” katanya.
Perbandingan antara dua golongan ini tidak terhenti di situ sahaja apabila Harith menyatakan minda wanita T20 lebih terbuka dan mempunyai wawasan hidup.
Dulu miskin, apabila dapat naik kereta mewah dia punya sombong tu… tak boleh bawa bertenang!
Katanya lagi, perbualan yang dikupas juga lebih kepada hal ekonomi serta bagaimana mahu menguruskan kehidupan lebih baik.
Berbeza dengan wanita B40, dakwanya mereka hanya ingin bercerita mengenai tempat makan viral serta meminta untuk dibelanja makan.
Ujar Harith lagi, wanita T20 dikatakan tidak berkira untuk membelanjakan wang ringgitnya berbanding golongan B40 hanya mengharapkan pasangannya sahaja untuk mengeluarkan duit belanja.
“Bukan kau tak ada duit tapi tulah, macam 100 peratus dia letak atas bahu kita. T20 mana-mana pun banyak duit. Boleh pokai (habis duit) couple dengan B40.
“Wanita B40 miskin akan cuba- hidup dengan duit kau, dan berlagak dengan harta kau. Dia akan terkejut sebab tak pandai sesuaikan diri nak hidup mewah. Dulu miskin, apabila dapat naik kereta mewah dia punya sombong tu, tak boleh bawa bertenang!” ujar Harith lagi.
Harith dan pasangan T20 bakal berkahwin pada 7 Januari 2023.
Menyimpulkan bahawa dia malu untuk teruskan percintaan dengan golongan B40, lelaki ini menjelaskan bahawa dia lebih selesa dengan kekasih T20.
Malah, dia membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan pada 7 Januari ini bersama wanita pilihan hatinya selain meminta agar orang ramai mendoakan perkara itu.
Dalam pada itu, Haritu menegaskan bahawa perkongsian ini hanyalah dibuat untuk memberi kesedaran kepada orang lain mengenai sesetengah individu yang disifatkan sebagai kaki kikis.
Hantaran tersebut menjadi tular di grup Facebook tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya mempertikaikan luahan dibuat Harith dengan menafikan bahawa golongan T20 tidak akan membuat hantaran sedemikian.
Untuk rekod, posting dibuat ini meraih lebih 1,800 tanda suka dan dikongsikan semula oleh warga maya di pelbagai platform lain.
BACA JUGA :
RM22,300 milik pelajar tingkatan 6 ghaib kena tipu sindiket pelaburan
Qatar negara ke-7 sekat pelancong China masuk