“Tiada sambutan tahun baru” – PM. Sambutan Ambang Tahun Baharu yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pembatalan itu susulan keadaan banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.
“Oleh kerana beberapa negeri banjir dan mengambil kira kesusahan rakyat, maka sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.