14 tahun kahwin belum ada anak, ini jawapan padu Beto Kusyairy. Meskipun sudah 14 tahun menanti cahaya mata, pelakon hebat Beto Kusyairy tidak menyalahkan takdir sebaliknya akur dengan ketetapan Allah SWT.“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi h4k kami.
“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya.Sementara itu, terdapat sekeping foto Beto bersama isteri dalam bentuk video dimuat naik seorang pengguna aplikasi TikT0k yang juga peminatnya @user1285999598428.
Beto Kusyairy dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik menerusi drama Anugerah Terindah di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2022 pada Ahad malam.
“Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulis kenyataan tersebut.Rata-rata warganet memuji kesetiaan Beto dan isteri dalam perhubungan rumah tangga selain menitipkan doa agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 10 saat itu meraih 1.7 juta tontonan dan lebih 3,000 komen warganet serta 112,400 tanda suka.
Lihat siaran ini di Instagram