Syed Saddiq ‘rayu’ ganti video lama kepada yang ini. Sebelum ini, pernah tular di media sosial klip video yang memaparkan aksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bermain badminton yang dikatakan kekok ketika beraksi di gelanggang.
Muat naik video baru
Susulan itu, Syed Saddiq memuat naik satu video baharu dengan menayangkan ‘taring’ sebenar dirinya bermain badminton. Kali ini memang ada gaya beraksi di gelanggang!
Bukan itu saja, kapsyen ringkas yang ditulis juga mencuri tumpuan seolah-olah meminta netizen untuk ‘melupakan’ video yang lama. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.
Please (Tolong), gantikan video lama dengan yang ini.
Netizen ‘akui’ skil Syed Saddiq
Meninjau di bahagian komen pula, rata-rata netizen bersetuju Syed Saddiq sudah ada perubahan berbanding sebelum ini. Malah, warganet memuji ketangkasan Syed Saddiq menyerang pihak lawan secara bertubi-tubi.
Selain itu, ada juga yang bergurau dengan mengatakan video lama masih jelas dalam ingatan selain sukar untuk dilupakan sehingga ada yang menyifatkan sebagai ‘highlight’ terbaik bagi tahun 2022.
Tak boleh lah YB, video lama tu masih jelas dalam ingatan. Apa-apa pun, nampak makin power YB main kali ini.
Komen netizen
Video
@syedsaddiqPlis gantikan video lama dengan ni. 🥲