Kes dadah: Farid Kamil terlepas hukuman penjara 4 tahun. Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman denda sebanyak RM5,000 kerana menggunakan dadah pada 4 tahun lalu.
Panel 3 hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara 9 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019.
Bagaimanapun, Hakim Kamaludin mengekalkan 2 tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap pelakon itu dan memerintahkannya dipenjara 6 bulan jika gagal membayar denda. Namun, Farid Kamil mmbayar denda tersebut.
Kamaludin dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah bersetuju dengan peguam perayu bahawa Mahkamah Majistret tidak konsisten dalam membuat pertimbangan ketika menjatuhkan hukuman terhadap Farid Kamil.
Hakim itu berkata, “tiada satu penjelasan konkrit yang boleh menyatakan bahawa hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan dilakukan pada masa itu dan tiada aspek pemberatan contohnya tiada kesalahan lampau atau sebagainya.”
“Ini kerana kes-kes mahkamah menunjukkan sama ada untuk menjatuhkan hukuman penjara dan denda, mahkamah bergantung kepada fakta kes itu. Dalam kes ini, kami dapati faktanya adalah jelas dan tidak menjurus kepada kesalahan terlalu serius atau berat.”
“Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujah peguam perayu dan memutuskan bahawa hukuman penjara 9 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi, diketepikan serta diganti dengan hukuman denda RM5,000. 2 tahun pengawasan di bawah AADK dikekalkan,” kata hakim itu.
Pada 15 Mei 2019, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Farid Kamil bersalah kerana menggunakan dadah dikenali sebagai THC, iaitu ’11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’.
Dia dituduh melakukan kesalahan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 4.30 petang, 11 Jan 2018.
Hukuman berkenaan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2019.
Isterinya, Diana Danielle dan adik Farid Kamil iaitu Fadzil turut hadir di mahkamah.
Farid Kamil ketika ditemui pemberita selepas membayar denda menzahirkan rasa syukur dengan keputusan hari ini yang disifatkan terbaik untuk dirinya.
“Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan dan kini saya boleh fokus terhadap penggambaran filem seterusnya berjudul Anwar, yang kini berada di peringkat akhir serta bakal ditayangkan pada Februari 2023,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan peguam mewakilinya.
Farid Kamil diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Kee Wei Lon dan Low Wei Loke manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang.
BACA:
Dah usia 52 tahun, Anuar Zain dedah ciri isteri yang dia impikan selama ini
Rahsia awet muda 6 artis Malaysia ini terbongkar selepas ada yang buka mulut
“Ingat Janna Nick buka baju tadi” – Netizen jadi cemas tengok gambar ni
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio