“Ingat Janna Nick buka baju tadi” – Netizen jadi cemas tengok gambar ni. Pelakon terkenal, Janna Nick ketika ini difahamkan sedang berada di luar negara selepas didakwa putus cinta dengan teman lelakinya, Dini Schatzmann.
Mirip betul la
@youngarifTak pandai pose ☹️
Namun begitu, beberapa video seorang lelaki berbadan sasa yang mirip dengan Janna telah mencuri perhatian netizen di media sosial apabila wajahnya dikatakan sama dengan pelakon terbabit.
Versi lelaki ke macam mana ni?
Menggunakan nama akaun @youngarif, lelaki itu dilihat kerap memuat naik video menunjukkan tubuhnya yang sado memandangkan dia sememangnya mengamalkan gaya hidup sihat.
Walaupun sering berkongsi video menunjukkan dirinya bersenam di aplikasi TikTok, namun wajahnya yang mirip dengan Janna Nick lebih diberi perhatian.
Ingatkan perempuan tadi
Betul2 serupa!
Banyak kali dah disamakan
Memetik laporan dari Mstar yang berjaya menghubungi jejaka tersebut, pemilik nama Muhammad ‘Arif Abd Syukor memaklumkan bahawa ini bukan kali pertama dirinya disamakan dengan pelakon drama Melastik Ke Hatimu.
Namun dia tidak menyangka bahawa posting yang dibuat pada awal minggu lalu mendapat perhatian sehingga ramai yang meninggalkan komen berkenaan wajahnya.
“Sebenarnya bukan pertama kali saya menerima komen yang mengatakan wajah saya mirip Janna Nick, tapi tidak sebanyak komen kali ini. Sangat banyak.
“Saya rasa kelakar sebab saya pernah terserempak dengan Janna Nick depan-depan, dan saya merasakan wajah kami tiada persamaan,” katanya.
Tak kisah dipanggil Janna Nick
@youngarifDont forget u can start at 30, 40 and still failed at 50. Its totally ok lah champ🔥
Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak kisah atau terasa hati andai digelar Janna Nick versi lelaki kerana faham dengan gurauan netizen.
“Saya tidak kisah dengan gelaran yang diberikan oleh netizen. Ada juga yang melabelkan saya sebagai Janna Nick versi sado.
“Selain Janna Nick, terdapat juga banyak komen netizen yang menyamakan saya seperti watak anime dalam Demon Slayer iaitu Inosuke Hashibra.
“Inosuke merupakan pemuda berbadan sado dan berwajah feminin. Wataknya baik, kuat dan bertenaga. Saya anggap ini sebagai pujian,” ujarnya.
Memang suka pergi gim
Tambah pemuda berusia 28 tahun, dia sememangnya melazimi aktiviti mengangkat beban sejak sedekat lalu dan pernah menjadi jurulatih kecergasan sekitar tahun 2018.
“Saya bersenam di gim enam kali seminggu. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti luar seperti hiking, badminton dan futsal,”
Di akhir perbualan, Arif sempat menyatakan yang dia berkongsi video bersenam di media sosial adalah untuk memberi inspirasi kepada orang lain supaya dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam dengan cara selamat.
BACA:
Kebaya ikonik pramugari MAS rupanya direka oleh pelajar UiTM
Rupanya Fahmi Fadzil pernah jadi pelakon drama bersiri, ‘ramai mahu YB jadi menteri komunikasi’
Hadi Awang dikecam guna kiasan World Cup- “menang dah tapi pengadil tambah masa kecederaan”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio