Mas Khan akui jarang solat, sekali PU Syed bagi ayat ni

Oleh INFORAKYAT

Mas Khan akui jarang solat, sekali PU Syed bagi ayat ni. Pendakwah bebas, PU Syed menegur pelakon Mas Khan susulan kenyataannya tentang jarang menunaikan solat namun mencari pahala dengan ibadah lain.“Buat pelakon ini…

Solat lima waktu adalah KEWAJIPAN bagi setiap umat Islam dan meninggalkannya sengaja adalah D0SA BESAR, wajib bertaubat dan qada segala yang pernah ditinggalkan.

“Syarat wajib solat ada tiga, Islam, berakal, baligh. Ambe rasa ketiga-tiga syarat wajib itu ada pada kamu, maka solat wajib ke atas kamu sehinggalah hilang saIah satu syarat tersebut,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram.

Bahkan tegas Syed lagi, kenyataan Mas Khan itu seolah-olah menyifatkan dirinya berani menanggung d0sa besar.

Mas Khan akui jarang solat, sekali PU Syed bagi ayat ni

“Mengaku jarang solat dan cari pahala dengan kebaikan yang lain adalah satu statement seolah-olah ‘berani tanggung d0sa’.“Amalan-amalan lain hanyalah tambahan sahaja dan kita wajib utamakan yang utama bahkan solatlah amalan pertama akan dihlsab oleh Allah di akhirat nanti.

“Jika sempurna solat maka yang lain akan mudah. Jika solat dah sangkut maka yang lain terlebih susah untuk lepas.

“Jadi dalam lsu solat ianya tidak boleh dibuat main atau ditinggalkan semudahnya… Ingatan dan teguran ini buat diri ambe juga dan semua yang membacanya,” jelasnya.Menerusi perkongsiannya di InstaStory, Mas Khan menyatakan dia lebih memandang terhadap perkara lain seperti bersedekah sebagai amalan untuk mengumpul pahala.

“Solat penuh itu memang jarang sekali. Ya solat adalah tiang agama, wajib tapi saya pandang lebih kepada hati seseorang itu.“Mungkin solat saya ‘kelaut’ tapi kita cari pahala tang (cara) lain faham tak? Contoh bersedekah, tolong orang, bertanggungjawab dan sebagainya,” tulisnya.

BACA:

Zahid dedah Agong titah BN buat kerajaan perpaduan

Agong panggil mesyuarat Raja-Raja Melayu esok bincang calon PM

Khabar angin GPS tarik diri sokong Muhyiddin bertiup kencang