Jiran tak tahan perangai Amber Heard suka berak merata, “kami mahu dia berambus!”

Oleh INFORAKYAT

Jiran tak tahan perangai Amber Heard suka berak merata, “kami mahu dia berambus!”. Selebriti antarabangsa, Amber Heard sekali lagi kantoi membuang air besar di kawasan perumahan terbaharunya di Sepanyol.

Aksi itu dirakam oleh salah seorang jirannya dan kemudian dimuat naik semula di laman Youtube milik wartawan penyiasat, Joseph Morris.

Menerusi video dimuat naik, pelakon berusia 36 tahun itu dilihat selamba membuka seluar dan duduk bertinggung sebelum membuang air besar. Difahamkan Amber berkelakuan sedemikian dalam keadaan mabuk.

Did Amber Heard Just Squat & Poop After Partying On The Streets Of Spain? Viral Video Makes Johnny Depp Fans Call Her “Amberturd” Again!

Menurut sumber, mereka sudah tidak tahan dengan perangai Amber yang gemar membuang air besar di kawasan kejiranan.

Jiran tak tahan perangai Amber Heard suka berak merata, "kami mahu dia berambus!"

Katanya lagi, ia bukanlah kali pertama Amber berbuat sedemikian kerana mereka seringkali mencium bau busuk dan najis berada di merata-rata tempat selepas bintang filem Aquaman itu berpindah di kawasan berkenaan.

Disebabkan tidak tahan dengan perangai tersebut, mereka bersepakat untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ia adalah angkara selebriti berkenaan.

Malah, mereka juga berharap agar Amber dapat keluar secepat mungkin erana dia telah mencemarkan keamanan dan ‘vibes’ kawasan berkenaan.

Terdahulu, bekas suami Amber iaitu Johnny Depp mendedahkan wanita itu pernah membuang air besar di atas katil mereka ketika berlangsungnya kes perbicaraan saman fitnah pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, Amber menafikan sekeras-kerasnya dengan menuduh ia adalah angkara anjing peliharaan mereka.

Sekadar info, Amber baru sahaja berpindah ke Sepanyol setelah tidak tahan digelar sebagai penipu. Keputusan itu dibuat bagi mencari ketenangan serta menyedari dia tidak akan dapat kembali ke dunia hiburan susulan kekalahannya dalam kes saman fitnah bersama bekas suami, Depp.

BACA:

Buat gajah marah, lelaki kena denda RM13,000

16 stesen utama LRT ditutup seminggu, “nak pergi kerja macam mana ni?” – pekerja

Ini respon pemimpin PAS selepas ucapannya dakwa Anwar sokong LGBT tular