16 stesen utama LRT ditutup seminggu, “nak pergi kerja macam mana ni?” – pekerja

Oleh INFORAKYAT

16 stesen utama LRT ditutup seminggu, “nak pergi kerja macam mana ni?” – pekerja. Sebanyak 16 stesen di sepanjang laluan perjalanan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya ditutup serta-merta ekoran berlaku gangguan berterusan sejak awal petang tadi.

Rapid Rail Sdn. Bhd. melalui Twitternya sebentar tadi memaklumkan laluan terjejas bermula dari Stesen KLCC ke Kelana Jaya.

Pengumuman itu dibuat selepas perkhidmatan LRT di Stesen KLCC dan Kelana Jaya dihentikan sekitar pukul 4 petang hari ini.

Dalam ciapan lain di Twitternya berkata, perkhidmatan bas pengantara disediakan secara percuma untuk penumpang yang terjejas.

Terdahulu, Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan LRT akan berhenti lebih lama daripada kebiasaan di stesen antara KLCC dan Kelana Jaya kerana mengalami gangguan teknikal.

16 stesen utama LRT ditutup seminggu, "nak pergi kerja macam mana ni?" - pekerja

BACA:

Bayi baru lahir jauh termenung fikir masa depan jadi bualan

Rindukan tuannya, Oyen setia lawat kubur setiap hari

Pelik rumah langsung tak berhabuk walaupun 3 bulan tak balik, sekali jumpa rambut uban panjang