Nabil main gurau kasar dengan Jaclyn Victor pasal gaun yang dipakai

Oleh INFORAKYAT

Nabil main gurau kasar dengan Jaclyn Victor pasal gaun yang dipakai. Penyanyi Jaclyn Victor terbuka apabila gaun yang dipakai ketika membuat persembahan di Gegar Vaganza 9 (GV9), malam tadi menjadi bahan gurau hos, Nabil Ahmad.

Ia susulan bentuk rekaan persalinan berkenaan sehingga Nabil menyamakannya dengan personaliti antarabangsa.

“Pereka mahu hasilkan sesuatu yang elegan, ala-ala ‘Victorian’. Tapi tak tahulah… mungkin daripada sudut sisinya (ketawa). Im okay kalau ia jadi sesuatu yang lawak.

“Im Okay…,” – Gaun Jadi Usikan Gurau Nabil Ahmad ‘Live’ Di GV9, Jaclyn Victor ‘Sporting’

“Bukan berniat untuk membuatkan perkara itu menjadi lawak, tapi you know dengan Nabil apa semua, saya rasa ia agak luculah,” katanya.

Ditanya mengenai keberadaan pelakon, Nas-T pula yang tiba-tiba hadir seterusnya memberikan jambangan bunga, kata Jac;

Nabil main gurau kasar dengan Jaclyn Victor pasal gaun yang dipakai

“Dia tak kacau saya punya nyanyian, Nas-T dah sampai bila di hujung persembahan. Bila saya perasan, tiba-tiba ada orang.

“Saya mengharapkan mungkin Anuar Zain. Tapi dia tak berkelapangan. Apa pun bagi saya ia suatu kejutan istimewa, comel,” katanya.

Mengulas mengenai persembahannya menerusi lagu Lelaki Ini yang dipopularkan oleh Anuar Zain, Jac akui ia bukan suatu hal mudah.

“Pada mulanya saya rasa lagu ini okay. Tapi kemudian bila mula nak menghayati lagu ini, saya rasa susah sangat. Sebab kita tahu, lagu Anuar Zain sangat mencabar untuk dinyanyikan.

“Im Okay…,” – Gaun Jadi Usikan Gurau Nabil Ahmad ‘Live’ Di GV9, Jaclyn Victor ‘Sporting’

“Kita naikkan key. Jadi bila bahagian rendah dia akan jadi terlalu rendah, bila tinggi akan ‘ke langit’. Jadi itu antara cabarannya.

“Malah ketika pertama kali latihan lagu ini pada Jumaat, saya rasa macam semput. Jadi saya perlukan rehat secukupnya selain berlatih supaya ia tidak kedengaran seperti gaya nyanyian Anuar Zain,” katanya.

BACA:

Berlian ini berjaya dijual RM3.75 Juta hari ini, harga dulu bila tahu buat sakit jantung

Lelaki terima ‘hadiah’ RM14.75 sahaja selepas berjaya jumpa RM23K milik wanita ini

Pemakaian keris bukan adat Melayu yang sebenar