Bawa staf pergi bercuti, rakyat Malaysia impikan majikan seperti Khairul Aming. Baru-baru ini, influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang membawa staf syarikatnya pergi bercuti ke sebuah resort telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Khaiul Aming di laman TikToknya, dia memaklumkan telah menutup kilang Sambal Nyet selama dua hari untuk membawa semua stafnya meluangkan masa dengan berehat dan menikmati alam semulajadi di Lalang Resort, Jeli, Kelantan.
“Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Percutian ini santai je, hanya untuk berehat and enimati alam semulajadi.
@khairulaming Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall it was a fun trip 😁 #SambalNyet #makanlokal #makanlokaldestination? ♬ original sound – Khairulaming
“Aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa, secara keseluruhannya, percutian ini sangat menyeronokkan,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, Kahirul Aming menjelaskan dia telah menempah keseluruhan resort tersebut untuk memberi laluan kepada semua stafnya menimati percutian mereka.
Malah, semua staf diberi kebebasan untuk melakukan apa-apa aktiviti yang menyeronokkan mengikut kehendak mereka tanpa mempunyai jadual yang ditetapkan.
Bertuahnya dapat majikan macam ini!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dengan sikap yang ditunjukkan oleh Khairul Aming yang sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.
Nak kerja jugak dengan Khairul Aming!
Malah, ramai juga yang menyimpan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada pekerja Khairul Aming sehinggakan mereka sanggup dan tak kisah dibayar gaji rendah.
BACA:
Highway DASH catat kemalangan maut pertama
Main game boleh dapat RM600K, lelaki dari Shah Alam ni bongkar rahsia