Perkongsian wanita jelajah Eropah DIY selama 3 minggu raih perhatian, siap kongsi tips. Eropah negara yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Dapat bercuti dan berkunjung ke sana menjadi idaman ramai traveler.
Berkesempatan membawa ahli keluarga ke 6 negara Eropah, lengkap bersama ibu dan ayah pastinya ia sesuatu yang manis untuk dikenang. Apatah lagi bila memandu sendiri sepanjang perjalanan ke enam negara yang dilawati.
Memandu hampir 4,000 Kilometer di sana, membuatkan Nawal Yasmin Mat Noh ingin berkongsi trip keluarganya kali ini menerusi akaun Facebook Houseofsix.my dengan traveler yang lain.
Lengkap dengan itinerari di gambar dan juga perkongsian gambar-gambar cantik sepanjang percutian mereka, Nawal turut berkongsi maklumat penting untuk traveler yang ingin membuat trip DIY sepertinya.
Ikuti perkongsian wanita ini:
DIY Trip Drive Sendiri hampir 4,000km di 6 Negara di Eropah
Ok dah ready nak share our recent DIY road tour almost 4000km to 6 Countries (Switzerland, Paris, Belgium, Netherland, Germany & Austria) Total 8 of us including 4 kids and 2 senior citizen. hehe. Dah ready ke nak baca long post ni?
FLIGHT TICKET
Our 3 weeks tour start 3 Sep dari KLIA transit Abu Dhabi. Turun Geneva, Switzerland and flight balik dari Zurich. Naik Etihad. Kenapa Etihad? sebab tu yang paling murah jumpa. Return Ticket dalam RM2800. Kiteorg book ticket Mid Jun. Flight selesa, cabin crew semua baik baik. makanan pon sedap
CAR RENTAL
First 2 weeks kiteorg sewa 9 seater van dengan EuroCar. Pick up Geneva and return Munich, Germany. Cross border so ada extra charges. Process sewa kereta sangat senang except bab deposit tu leceh sebab nak kena ada credit card atas nama main driver. And both of us husband and wife takde credit card. So terpaksa buat my mom as main driver and kiteorg 2nd & 3rd driver (kena bayar extra lagi sebab my mom age limit lebih 65yrs and additional driver pon ada extra charges jugak) Rugi banyak dekat sini sebab end up my husband sorang je yang drive sbb sis kecut perut tak berani sebab left hand drive
CAMPERVAN
Last week dekat Europe kiteorg sewa campervan pusing Germany and Austria. Last week tu my sister join trip so sewa 2 campervan. Process nak sewa campervan ni Alhamdulillah sangat senang. Book dengan Anywhere camper melalui website motorhome republic. Die whatsapp tanya nak pick up dekat mana and handover dekat tepi jalan je. Die explain semua cara nak pakai. Ni our 2nd time naik campervan. Before ni dekat New Zealand.
Yang best part dengan anywhere camper ni sebab die tak perlu ada credit card pon. Deposit boleh pakai debit card. Company ni memang highly recommended. Service die sangat la bagus. Imagine last day nak return tu kiteorg rushing nak kejar train dari Munich ke Zurich, so kiteorg just pass kunci kereta kat tepi train station and lari kejar train, Dalam train baru sedar kunci storage campervan tu dlm pocket my husband. Terus whatsapp dia and kebetulan orang tu nak ke Zurich jugak, Pukul 11.30 malam die dtg hotel amik kunci tu without extra charges!
HOTEL & AIRBNB
Sis letak nama hotel and Airbnb dekat gambar ok. Siap dengan link and review skali recommended ke tak.
ITINERARY
Boleh check dekat last gambar. Ada complete itinerary sepanjang 3 minggu dekat sana.
WIFI
Kiteorg sewa pocket wifi dari Malaysia. Memang agak costly tapi berbaloi sebab laju je. untuk 51 countries 3GB RM35/day. kalau 8GB RM63/day. 1 device boleh share 5 user. Customer service pon sangat bagus and senang nak deal. first 2 weeks kiteorg pakai 3GB. last week tambah jadi 8GB. Semua upgrade melalui whatsapp sahaja.
Ps; kalau tak pegi Austria boleh amik yang package 13 countries je lagi murah. Sebab Austria tak termasuk dalam western Europe.
MAKANAN
Kiteorg masak sendiri. Bawak Thermomix sangat la membantu sebab dapat masak dengan effortless.. Dapat la lepas rindu craving masakan melayu. and jimat banyak sangat. Kiteorg satu family mmg sejenis kuat makan. Kalau makan luar hari hari memang nak nangis rasa. Satu kali meal je dekat RM500+ untuk 8 org. So sila la masak sendiri ye. Package kalau masak dengan Thermomix lagi berbaloi sebab effortless
TIPS
1. Check weather. Avoid travel in between season. Kiteorg pegi end summer and balik autumn. Cuaca sangat la unpredictable. first week tu kejap panas terik, kejap windy and kejap hujan. dalam 1 hari cuaca berubah ubah mcm tu. Memang semua org batuk selsema kat sana. End of 2nd week pulak hujan je selalu. Dapat la merasa macam 3 musim Summer, Autumn and Winter Memang sejuk sangat temperature drop sampai 5c. 3x ulang alik primark beli jacket and baju tebal sket
2. Driving tips based on kawan kawan share, kena ingat driver yang selalu dekat dengan divider. Sangat membantu. Tapi sis still takot nak drive
3. Travel 6 countries in 3 weeks agak penat and terkejar kejar. Kalau boleh kurangkan ke 3-4 countries sahaja baru dapat explore betul2.
4. Recommend untuk guna google map instead of Waze. Kat Europe, Waze tak berapa nak friendly user.
5. Allow extra driving time. Contoh kalau google map kata 5 jam, tambah 1-2 hours dari tu. sebab banyak berhenti toilet, makan etc. and dekat Germany and Austria, kalau ada accident ke apa, jem die mmg standstill sepanjang 5-10km. Banyak kali nampak dekat opposite side. So mmg kena allow extra time.
FREQUENTLY ASKED QUESTION
1. Negara mana paling berbaloi pegi?
Yang nak repeat lagi Belgium and Austria. Tak puas rasa sebab cantik and tenang sangat. Swiss dah 3x pegi so dah boleh move on dah sebab dah jumpa pengganti (Austria)
2. Berapa cost minyak?
Bila tank dah 1/2 je memang terus isi.. 1/2 tank dalam EUR98.. dalam RM450. sepanjang 3 minggu kat sana, 5 atau 6 kali isi minyak.
3. Berapa toll kat sana?
Yang sis ingat ada 2 toll je kalau tak silap. Dari Swiss ke France EUR31. lagi satu toll tak ingat tapi less than that.
4. In between countries, kena chop passport ke?
Takde. Masuk negara lain mcm kita pegi shah alam je. ada signboard kecik je as indicator. Takde pintu gerbang macam kat Malaysia yang “Selamat datang ke Selangor” etc
5. Mana lagi best drive or naik public transport?
Honestly, kiteorg prefer public transport sebab public transport dekat sana sangat superb. Dapat enjoy view boleh bergerak sana sini. Naik kereta 7jam mcm balik kampung la. penat sikit. Tapi this time sebab travel dengan parents skali so lagi selesa untuk dieorg. tak perlu heret bag semua. Tapi campervan tu sangat best especially dekat Austria sebab view die sangat cantik. MasyaAllah.
Semoga sharing ni bermanfaat untuk semua
BACA:
Aksi Jebat cabut taugeh jadi perhatian, netizen puji ‘multitask betul!’
Fuad Rahmad kenang detik hitam, ‘enam kali disebat dalam penjara, terpaksa tidur meniarap seminggu’
Gadis menangis selepas 2 jam tunggu orang ‘double park’ keretanya datang, ending semua tak sangka..