Kerja cincai Jurugambar buat pengantin gigit jari, ‘dah macam katalog perabot’. Selain lokasi, busana, catering dan makeup, pemilihan jurugambar untuk majlis perkahwinan juga penting supaya anda dapat gambar terbaik moment anda sepanjang hari bahagia anda.
Terbaru, seorang pengguna TikTok @nadyeot telah berkongsi sebuah video dimana dia meluahkan kekecewaannya apabila melihat hasil gambar perkahwinannya tidak seperti yang diharapkan.
Menerusi video terbabit, Nadia mengatakan dia berasa terkilan kerana hasilnya banyak yang bergegar, tiada ‘close up’ dan jurugambar juga tidak bertanya kepadanya tentang gambar yang mahu dimasukkan dalam album. Malah, dia juga berbelanja lebih memilih lokasi pernikahannya itu yang bertemakan ‘garden wedding’ berharap hasilnya akan cantik tetapi kecewa yang dia dapat.
Difahamkan, Nadia membayar sebanyak RM1,699 dengan mengambil pakej yang agak berpatutan tetapi itu bukanlah satu tiket untuk jurugambar membuat kerja sambil lewa tanpa memikirkan kepuasan pelanggan. Perkongsian Nadia telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang simpati netizen.
Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan segelintir netizen berasa tidak patut hal ini terjadi kerana moment tersebut tidak dapat diputar kembali. Malah, ada juga jurugambar yang berasa kasihan menawarkan untuk mengambil gambar post wedding untuk Nadia dan pasangan secara percuma.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang pernah berdepan dengan situasi sama dan ada juga tidak mendapat album perkahwinan mereka. Malah, segelintir netizen turut menyarankan kepada pasangan yang mahu berkahwin kelak perlulah melihat artwork jurugambar tersebut sebelum mengupah mereka.
@nadyeot selalu tengok orang je, kali ni diri sendiri yang kena. kecewa sangat2 🥲 peringatan bagi bakal pengantin, pilihlah photog/videographer yg betul-betul boleh pakai & jangan percaya sangat hasil dari feed instagram #weddingdisaster #weddingdisappointment ♬ bila orang dah benci – ◦•●◉✿ 🌺 𝐑𝐄𝐄𝐙 🌺 ✿◉●•◦
@nadyeot Replying to @Sunhee ♬ original sound – Sunhee
BACA:
Phuket kini dilanda banjir besar, ranap semua tempat pelancongan