Azri Iskandar dakwa bakal nikah dengan Dr Azra cuti sekolah ini

Oleh INFORAKYAT

Azri Iskandar dakwa bakal nikah dengan Dr Azra cuti sekolah ini. Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Pada Ogos lalu, Azri mengesahkan dia dan kekasihnya sudah pun bertunang pada Jun lalu, namun hubungan cinta pelakon itu masih misteri apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.

Memetik Astro Gempak, Azri berkata cinta mereka tetap utuh dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini dan sedang mengumpul duit kahwin.

“Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters.

“Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.

Azri Iskandar dakwa bakal nikah dengan Dr Azra cuti sekolah ini

“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan. Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” katanya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu kekasihnya itu masih fobia dengan kecaman yang diterima sehingga ibunya pengsan dan dikejarkan ke hospital.

“Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya… nak kahwin pun kena kecam,” katanya.

Terdahulu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.

BACA:

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia, dibayar lebih RM40K satu ‘show’?

Pelajar cipta botol mesra alam sekitar, automatik reput lepas habis minum

Baru je bercerai, selebriti terkenal wanita dah berani bercuti dengan pelakon lelaki