Naik 15 minit kena caj RM180K, ini yang berlaku pada penumpang uber ni

Oleh INFORAKYAT

Naik 15 minit kena caj RM180K, ini yang berlaku pada penumpang uber ni. Seorang penumpang Uber di United Kingdom (UK) terkejut selepas dikenakan bayaran sebanyak 35,000 pound (RM180,492) untuk perjalanan selama 15 minit, hanya kerana pemandu e-hailing tersilap menetapkan lokasi di sebuah bandar di Australia.

Lapor Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under-Lyne hanya mencecah sebanyak 10 pound (RM51.57).

Kaplan menempah perkhidmatan e-hailing itu untuk ke lokasi sejauh 6.43 kilometer (km) itu, bagi bertemu dengan kawan-kawannya.

Lelaki itu menaiki kereta Uber dari lokasi Buxton Inn, Hyde di Greater Manchester dan diturunkan di Witchwood, sebuah pub di Ashton-under-Lyne.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Kaplan terkejut selepas mendapati syarikat Uber mengenakan bayaran sebanyak 35,427.97 pound (RM182,700) daripada akaun banknya.

Naik 15 minit kena caj RM180K, ini yang berlaku pada penumpang uber ni

Kaplan segera menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan Uber untuk membuat aduan mengenai bayaran melampau yang dikenakan terhadapnya.

“Pada mulanya mereka buntu mendengar bayaran dikenakan itu tetapi selepas menyiasat mereka mendapati lokasi ditetapkan itu adalah salah.

“Entah bagaimana lokasi itu ditetapkan ke sebuah bandar di Australia dan bukannya Manchester.

“Uber kemudian melaraskan tambang kepada jumlah sebenar 10 pound (RM51.57) sebelum membuat pemotongan menerusi akaun bank,” katanya.

BACA:

Ifa Raziah tunjuk video tengah ‘workout’, netizen perasan sesuatu pula

Elly Mazlein kini sah penyampai Radio Era

Baru usia 21 tahun dah beli rumah, ini cara dia buat rupanya