Penduduk gempar dengan penemuan makhluk pelik di pantai. Ketika berjalan-jalan di Pantai Urangan, Teluk Hervey, Australia, seorang wanita telah menemui sesuatu makhluk yang amat pelik dan tidak dikenalinya. Menurut wanita tersebut, makhluk tersebut ditemui terdampar di pantai dan menyerupai setompok jeli.
Seorang wanita bertanyakan sama ada makhluk itu adalah ikan batu yang hanyut.
Terfikir sama ada ia adalah seekor ikan batu yang hanyut?” tanya wanita itu di laman sosial itu.
Namun kemudiannya ramai yang tidak setuju dengan pendapat itu.
Ia bukan seekor ikan batu. Saya rasa ianya kelihatan seperti terumbu yang lembut,” kata seorang netizen yang memberikan pendapatnya.
Seorang lagi pengguna media sosial pula mengatakan makhluk itu bukan seekor ikan tapi yang pasti ianya nampak hodoh. Seorang pengguna wanita lain pula mengatakan keberadaan makhluk tersebut sudah memadai untuk membuatkan dia berhenti berenang di laut tepi pantai.
Beberapa pendapat lagi mengatakan mahkluk pelik tersebut berkemungkinan adalah obor-obor, sebahagian badan ikan jerung atau paus. ataupun ambergris iaitu bahan pepejal yang dikeluarkan sperma ikan paus.
Ambergis merupakan benda yang sangat bernilai tinggi dan digunakan dalam industri penghasilan minyak wangi.
Seorang pakar biologi marin yang dikenali sebagai Dr Olaf Meynecke akhirnya merungkai dan mendedahkan apa sebenarnya makhluk tersebut.Makhluk Pelik Menyerupai Tompokan Jelly Ditemui Seorang Wanita Di Pantai, Disangka Ikan Batu Tapi BukanMenurut Dr Olaf Meynecke, makhluk pelik tersebut berkemungkinan besar adalah makhluk yang dikenali sebbagai babi laut (pork-sea) iaitu haiwan laut yang tidak mepunyai tulang belakang.
Tambahnya lagi, makhluk tersebut jika dihanyutkan ke daratan akan kelihatan seperti satu tompokan tetapi jika berada di dalam air, ia akan memperlihatkan struktur badannya yang lebih kompleks dan jelas.
BACA:
Padah ikut arahan GPS, lelaki maut di tempat kejadian
Bajet 2023: Ini senarai penuh bantuan yang rakyat akan dapat
Suami minta isteri T20 sponsor dirinya nak nikah lain, ‘tak sedar diri punya jantan!’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio