Najwa Latif anggap dirinya tak cantik, tak layak sertai pertandingan nyanyian

Oleh INFORAKYAT

Najwa Latif anggap dirinya tak cantik, tak layak sertai pertandingan nyanyian. Penyanyi Najwa Latif mengakui kerjaya seninya kini semakin malap selepas dia memilih untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan berbanding bergiat aktif dalam industri hiburan.

Sering diajukan soalan mengapa dia tidak menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh mana-mana stesen televisyen seperti artis lain, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif, 27, menjelaskan dia sedar kemampuan diri serta vokalnya yang disifatkan sebagai sederhana.

“Berkemungkinan besar untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan kerana saya sedar suara saya average dan pakej yang dimiliki jauh dari penyanyi lain,” katanya.

“Saya tidak cantik macam penyanyi lain”

Sementara itu, Najwa menerusi sesi soal jawab Q&A diaplikasi Instagram milknya mengakui, dia tidak memiliki rupa paras yang cantik dan tidak bergaya serta pandai bergaul dengan individu lain menyebabkan beliau berasa ‘kurang’ sesuai untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

Najwa Latif anggap dirinya tak cantik, tak layak sertai pertandingan nyanyian

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat. Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” jelasnya.

Untuk info, Najwa mula dikenali apabila kerap berkongsi bakat nyanyiannya di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi.

Manakala, lagu Cinta Muka Buku yang merupakan single pertama beliau turut membantu menaikkan lagi nama Najwa dalam industri nyanyian tanah air sehingga membawanya ke pentas final Anugerah Juara Lagu 26 ketika masih berusia 16 tahun.

BACA:

Keluarga ejen kosmetik diculik tak percaya selagi belum nampak depan mata

Tuan Ibrahim tegaskan Muhyiddin tak boleh paksa PAS pilih PN atau BN

Wanita kongsi amalan murah rezeki, “tuang air dalam pinggan lepas makan..”