Kecoh Raja Charles III mengamuk, dakwat pen terkena tangan. Monarki Britain, Raja Charles III menjadi tumpuan pengguna media sosial apabila rakaman video menunjukkan baginda melepaskan kemarahan hanya kerana dakwat pen yang digunakan bocor , lapor portal berita MailOnline semalam.
Menerusi video tular berkenaan, Charles dikatakan sedang duduk dan bersedia untuk menurunkan tanda tangan pada buku kehadiran diraja di Istana Hillsborough, Ireland Utara.
Semasa baginda mula menulis tanda tangan, dakwat pen tersebut bocor dan mengenai tapak tangannya.
“Beta sangat tidak berkenan dengan kejadian seperti ini.
“Setiap kali beta mahu menurunkan tanda tangan, pasti pen yang diberi akan bocor,” getus Charles sambil mengelap tapak tangannya dengan sapu tangan.
Isterinya, Camilla menenangkan keadaan apabila meminta baginda beralih dan menukar pen dengan segera sebelum menurunkan tanda tangannya pada buku tersebut sementara Charles menenangkan diri.
Hanya tiga hari sebelum itu, Charles dirakam dalam situasi berang serupa apabila menyuruh pembantu diraja membersihkan meja yang menjadi lokasi baginda menandatangani Proklamasi Pertabalan yang secara rasmi menjadikannya monarki baharu United Kingdom (UK) dan Komanwel.
BACA:
Cara ibu ni pujuk anak tantrum kena puji, “berguna betul tips ni!”
Mia Sara menari pakai baju ‘ketat melekat’ buat netizen tak senang duduk
Lelaki mengaku buat umrah untuk Ratu Elizabeth II
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio