Peminat teruja tengok anak Tomok fasih cakap mandarin, “tepat dia sebut!”

Oleh INFORAKYAT

Peminat teruja tengok anak Tomok fasih cakap mandarin, “tepat dia sebut!”. Ibu bapa sepatutnya mendorong anak-anak untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa sejak usia kecil lagi.

Ini kerana kanak-kanak yang membesar dengan menguasai lebih daripada satu bahasa akan mempunyai banyak kelebihan di masa hadapan.

Jangan risau anak akan rasa terbeban, kerana pada usia kecil fungsi otak kanak-kanak terbuka kepada pelbagai aspek pembelajaran.

Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasa bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Tomok dan isterinya Ayu Abas yang telah mendedahkan anak-anak mereka kepada lebih daripada satu bahasa sejak mereka kecil lagi.

Peminat teruja tengok anak Tomok fasih cakap mandarin, "tepat dia sebut!"

Baru-baru ini Tomok telah memuat naik video anak sulungnya Arrian, 10, yang berbual dengan gurunya dalam bahasa Mandarin.

Dalam video tersebut, Arrian sedang membuat ulangkaji pelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan HSK.

Arrian begitu fasih menjawab segala pertanyaan gurunya dalam bahasa Mandarin. Selain daripada itu, Arrian juga kelihatan yakin dan sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaannya tidak lama lagi.

Kefasihan Arrian bertutur dalam bahasa Mandarin dengan sebutan yang sempurna membuatkan ramai pengikut Instagram Tomok kagum dan turut mendoakan agar Arrian dipermudah menjawab soalan peperiksaan dan berjaya menjadi anak soleh dunia dan akhirat.

Bagi pengikut setia Tomok tentu sudah kenal dengan Arrian. Sejak dia kecil lagi anak sulung Tomok ini memang bijak bertutur dalam bahasa Inggeris dan sangat petah bercakap dalam banyak video yang dikongsi bapanya.

Selain daripada itu sikap tegas isteri Tomok yang rajin mendidik dan mendisiplinkan anaknya dengan pelajaran menjadi pemangkin kepada kemenjadian semua anak-anak mereka.

Beberapa orang rakan selebriti termasuk Alif Sattar dan Neeta turut memuji kebijakan Arrian serta mengucapkan tahniah kepada kedua ibu dan ayah yang berjaya mendidik anak dengan baik.

Malahan bekas pengacara televisyen Aidid Marcello turut meninggalkan komen memuji Tomok dan isteri yang mendidik anak-anaknya dengan tegas untuk menjadi manusia yang terbaik selain memberikan kata pujian kepada Arrian yang bukan sahaja comel tetapi merupakan anak yang baik dan mendengar kata orang tua.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Tomok (@tomokofficial)

BACA:

Ibu pejabat Maybank kini di Menara Merdeka 118

Awas tiga negeri ini, MET keluar amaran cuaca buruk

10 kereta dan 5 motosikal kuasa besar PDRM terbakar di IPK Kedah