Putera William dan Kate Middleton ‘untung’ RM5.8 Billion sehari selepas nendanya mangkat. Kematian Ratu Elizabeth II telah menjadikan Putera William dan isterinya, Kate Middleton bertambah kaya, lapor Lad Bible.
Difahamkan kedua mereka menerima dana daripada Estet Mahkota, kerajaan dan warisan mendiang ibunya Puteri Diana.
Nilai bersih kekayaan mereka telah melonjak sebanyak $1.3 bilion (RM5.8 bilion), menjadikan jumlah nilai bersihnya sehingga $1.34 bilion.
Kenaikan nilai kekayaan kedua-dua ini juga didorong setelah mereka mewarisi gelaran Duke dan Duchess of Cambridge serta Duke dan Duchess of Cornwall.
Gelaran Duchy of Cornwall dilengkapi dengan portfolio besar merangkumi nilai hartanah sebanyak $1.3 bilion dan pelbagai aset di seluruh negara.
Hartanah ini termasuk ladang sekitar 52,000 hektar (128,000 ekar), merentasi 20 daerah di England dan Wales.
Raja Charles sebelum ini adalah Duchy of Cornwall selama lebih lima dekad, menjadikannya Duke of Cornwall yang paling lama berkhidmat dalam sejarah.
BACA:
Pilot Helikopter yang hilang sejak semalam disahkan meninggal
Kehadiran Emran dan Nabila, Erra ke majlis kahwin DDNK jadi tumpuan
“Dah sampai ke belum?”, budak naik bas sorang diri asyik tanya driver tarik perhatian
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio