Tak dapat ganja punya pasal, lelaki merajuk dua hari atas bumbung. Hanya kerana tidak dibenarkan menghisap ganja, seorang lelaki dari timur laut Thailand bertindak memanjat bumbung rumahnya dan kekal berada di sana selama dua hari.
Bagaimanapun, Kantaphi, 42, kini sudah turun dari bumbung rumahnya setelah berasa lapar sebelum dibawa ke hospital.
Memetik laporan thethaiger.com, isteri Kantaphi mengakui suaminya merupakan penagih ganja.
Malah, katanya, dia terpaksa membawa suaminya dari Bangkok untuk tinggal bersama rumah mertuanya di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket untuk menangani masalah ketagihannya.
Ketika kejadian, Kantaphi meminta bapanya, Sathien Panyakom untuk memberikan ganja kepadanya.
“Namun, Sathien memberitahu dia tidak mempunyai ganja sehingga membuatkan Kantaphi merajuk lalu memanjat bumbung rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan).
“Keesokan harinya, jiran dan beberapa rakan cuba memujuk Kantaphi untuk turun dari bumbung namun dia tetap duduk di atas walaupun ketika hujan lebat.
“Dia tidak bertindak agresif sebaliknya hanya mahu bersendirian di atas bumbung,” jelas laporan itu.
Polis di Kantharalak, Sukit Luangsakulthai turut mengunjungi rumah Kantaphi kira-kira pukul 3 petang namun gagal memujuknya untuk turun dari bumbung.
Setelah hampir 48 jam, Kantaphi akhirnya turun dari bumbung pada pukul 6 petang selepas berasa ‘terlampau panas dan lapar’.
Kantaphi kelihatan lemah dan dia dibawa ke Hospital Kantharalak untuk menjalani pemeriksaan.
BACA:
Jabatan Penjara buka mulut dakwaan Najib duduk dalam rumah pegawai kanannnya
Rauf dedah projek laluan Melaka – Indonesia akan dibina
Ini senarai bantuan yang rakyat Malaysia akan terima bulan September ini
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio