Habis deretan Honda baru atas treler terbakar, ini punca sebenar

Oleh INFORAKYAT

Habis deretan Honda baru atas treler terbakar, ini punca sebenar. Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat Pedas, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Izwan Md Said berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Kota dan Alor Gajah (Melaka) digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 5.20 petang.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba, didapati kebakaran melibatkan bahagian belakang sebuah lori bersendi membawa kereta baharu dan turut terbakar empat buah kereta.

“Secara keseluruhannya terdapat enam buah kereta di atas kenderaan berkenaan. Empat daripadanya musnah 100 peratus, sebuah terbakar 50 peratus dan sebuah lagi tidak terbakar. Sehingga pukul 6.25 petang ini, operasi masih berjalan. Punca dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial video berdurasi 24 saat membabitkan kejadian berkenaan.

Habis deretan Honda baru atas treler terbakar, ini punca sebenar

BACA:

Wanita pecah tabung guna duit syiling beli emas, sekali ini respon jurujual

Peminat kantoikan Nora Danish, ‘edit gambar nampak pinggang kerengga’

Bola sepak Malaysia jadi bahan ketawa dunia, ‘satu dunia tengok ni’