Suami ‘kantoi’ layan pelacur ketika sedang bulan madu dengan isteri

Oleh INFORAKYAT

Suami ‘kantoi’ layan pelacur ketika sedang bulan madu dengan isteri. Ditangkap bersama pelacur sedangkan masih dalam waktu bergembira menikmati bulan madu dengan isteri baru dikahwini.

Itu kejadian memalukan kepada seorang lelaki dari Florida, Paul Turovsky, 34, selepas bertindak meninggalkan pasangan pengantin barunya sebaik menjawab iklan untuk langganan pelacur.

New York Post melaporkan meninggalkan isterinya tidur di bilik hotel mereka berseorangan di Tampa dan keluar untuk bertemu seorang pelacur yang diperkenalkan menerusi internet, kata pihak berkuasa.

Syerif Daerah Hillsborough Chad Chronister berkata, apabila ahli perniagaan yang bekerja sendiri itu tiba di Hotel Hyatt, dia terus digari selepas terperangkap dalam operasi polis tempatan untuk membanteras penyeludupan pekerja seks.

“Turovsky adalah seorang daripada 176 lelaki yang ditahan dalam operasi dilaksanakan polis untuk membanteras kegiatan pelacuran.

Suami 'kantoi' layan pelacur ketika sedang bulan madu dengan isteri

“Satu-satunya persoalan di sini ialah sebagai tetamu yang juga pengantin baharu di hotel penginapan, adakah sudah terlambat untuknya mendapatkan hadiah perkahwinan atau musibah yang dia dapat,” katanya.

BACA:

Shuib dedah sebab sebenar tak sertai Sepahtu Reunion buat peminat terkejut

Bini panggil laki balik rumah atas padang jadi tular, ‘dah kena stop game’

Padah percaya BFF sendiri, habis pin ATM dia tahu, tau-tau lesap semua!