Kecoh Universiti Malaya didakwa curi kajian student PHD, lelaki dedah sisi gelap UM. Universiti Malaya (UM) yang selalu dianggap antara universiti terbaik di Malaysia kini menjadi bualan masyarakat maya selepas didakwa mencuri hasil kerja salah seorang pelajar Doktor Falsafah atau PhD.
Lelaki itu mendakwa bahawa kajiannya telah diambil tanpa pengetahuan beliau dan segala penat lelah beliau selama ini hanyalah sia-sia apabila UM memberitahu bahawa hasil kerja beliau kini adalah milik UM.
Melalui video yang berdurasi lebih daripada seminit itu, lelaki yang tidak dinamakan itu telah pun membuat laporan polis terhadap UM. Melalui perkongsiannya, beliau menghabiskan hampir 2 tahun untuk menyiapkan kajian tersebut. Tetapi akhirnya dikecewakan apabila segala kajiannya diambil tanpa pengetahuan beliau.
“Bila saya datang ke malaysia, saya mengambil kursus inggeris, saya diberitahu bahawa UM adalah universiti yang terbaik. Jadi saya ambil ijazah di UM. Kemudian saya sambung Master di UM. Selepas habis Master, saya rujuk kepada penyelia di UM untuk sambung PhD.
“Kami cuba mendapatkan topik untuk PhD saya dan kami akan mendapat penajaan daripada UM. Jadi saya mulakan kerja dan selepas 2 tahun setengah saya sudah selesaikan semuanya. Tiba-tiba, username dan password saya ditukar.
“Saya bina segala perisian, saya lakukan semua kajian, di dalam dan luar UM. Bila saya hubungi penyelia, mereka beritahu bahawa projek itu kepunyaan UM. Dan selepas pada itu, layanan mereka terhadap saya berubah serta merta. Saya dilayan dengan kasar, dimalukan kerana mereka fikir saya merasa kecewa,” katanya.
Beliau turut mengaku bahawa beliau bukanlah satu-satunya pelajar yang menerima nasib ini. Sudah ramai yang terkena dan tidak kira jika pelajar antarbangsa atau Malaysia.
Wow. Universiti Malaya what is this behaviour.. pic.twitter.com/tbUP7PjL5G
— ᶠᵃᵗ cat ˢᵃʸs ᴴeyy! (@JulesJulietta) August 28, 2022
Bila-bila sahaja UM boleh mengambil hasil kerja pelajar dan mendakwa ia kepunyaan universiti. Tambah beliau lagi, ini adalah sebahagian budaya universiti untuk membuat pelajar menarik diri atau berhenti daripada universiti.
“Malangya saya bukan satu-satunya pelajar yang diperlakukan begini. Pelajar Malaysia juga dilakukan sebegini. Dan mereka berhenti selepas 3/4 tahun. Dan ada pelajar yang menghabiskan masa lebih 10 tahun untuk mendapatkan PhD.
Ini memang niat mereka daripada mula. mereka ambil hasil pelajar yang sudah bersusah payah, mereka berkelakukan tidak profesional dan tidak beretika agar pelajar berasa kecewa dan menarik diri daripada universiti,” katanya.
Video yang kini tular di media sosial telah ditonton lebih 500,000 kali. Kebanyakan pengguna maya tidak bersetuju dengan sikap UM yang tidak profesional. Sebahagian daripadanya pula bersetuju dengan dakwaan lelaki terbabit sambil mengucapkan terima kasih kerana mendedahkan bagaimana pihak UM mencuri hasil kerja pelajar.
Selain itu, di bahagian komen, seorang lelaki ada memuat naik gambar sebahagian daripada undang-undang pemilikan harta intelek (IP) di UM. Undang-undang itu mendakwa bahawa pihak universiti mempunyai hak untuk mengambil mana-mana IP jika kajian itu ditaja oleh pihak UM.
Bagaimanapun, sebahagian pengguna maya memandang bahawa undang-undang itu hanya untuk ‘menghalalkan’ kerja mencuri yang pihak universiti telah lakukan atas hasil penat lelah pelajar.
Setakat video itu tular dan laporan ini ditulis, pihak UM masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi.
BACA:
Azlan Typewritter punya pasal, majlis konvo jadi konsert rock!
Selamba je gelandangan ni buat bilik tidur atas jejambat pejalan kaki