Makcik cleaner Masjid Negara sembang bahasa Jepun dengan delegasi luar, siap pegang mop. JIKA hanya melihat kepada gaya dan penampilan, wanita pekerja pembersihan ini kelihatan biasa.
Namun tatkala dia membuka mulut berbual mesra dengan beberapa delegasi dari Jepun, semuanya nampak luar biasa!
Kebolehan wanita itu bertutur dalam bahasa Jepun sambil diselang-selikan dengan bahasa Inggeris membuatkan ramai netizen tertanya-tanya tentang latar belakannya.
“Sudah makan… sudah tidur. You just add the word ‘sudah’ (Kamu hanya tambahkan perkataan ‘sudah’),” katanya.
“Malay is easy (bahasa Melayu itu mudah),” tambah wanita itu sebelum mereka mengakhiri perbualan dengan ‘tunduk hormat’ mengikut budaya Jepun.
Namun lokasi perbualan tersebut bukanlah di negara matahari terbit itu, sebaliknya dirakamkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Hanafi Damanhuri, ia dirakamkan ketika dia membawa delegasi Jepun ke Masjid Negara yang menjadi tumpuan pelancong.
“Rancak makcik ni ajar orang Jepun belajar bahasa Melayu,” tulis Hanafi.
Di ruangan komen, Hanafi memberitahu, wanita berkenaan yang memulakan perbualan dengan menegur delegasi itu.
View this post on Instagram
“Dia yang tegur sembang bahasa Jepun. Kalau setakat belajar bahasa Jepun sikit-sikit belum tentu berani nak bercakap. Ini siap bertegur sapa tu kira A1 la,” katanya.
Dalam pertemuan singkat, lagaknya mengajar dengan cukup meyakinkan itu seperti pensyarah.
Setakat ini, video tersebut dikongsi 1,800 kali dan meraih lebih 2,000 tanda suka (like).
Rata-rata netizen kagum dengan kelancaran pekerja pembersihan itu menguasai bahasa Jepun dan bahasa Inggeris, malah mengajar warga asing bertutur bahasa Melayu.
“Cayalah makcik! Jepun-Inggeris-bahasa Melayu semua dia onz!”
BACA:
Ini rupanya rahsia nasi lemak sedap, letak bahan ni masa kisar bawang
Barang tak laku, penjual bundle mengamuk masa live jual baju, siap koyak baju